بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Semalam Malaysia dikejutkan dengan satu berita kadet tentera laut dari UPNM yang mati dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mengikut berita mangsa dibuli oleh para pelajar UPNM.

Tapi mengikut perbualan dengan seorang pakcik yang bekerja menjaga keselamatan negara Malaysia, ia bukan kes buli sebaliknya kes dera dan bunuh.

gambar pegawai kadet tahun ketiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang didera dengan seterika wap

Beliau berkata sedemikian kerana mangsa bukannya kadet tahun pertama tetapi sebaliknya kadet tahun ketiga. Mangsa sudah dikira seorang senior dan tidak logik untuk dibuli.

Kedua kerana faktor suspek yang terlibat melibatkan juga orang luar iaitu pelajar Uniten. Bagaimana pula pelajar Uniten membuli kadet UPNM?

Ketiga kerana mangsa mati di luar UPNM sekaligus mewujudkan peluang untuk mangsa didera dan dibunuh di luar UPNM dan bukannya dibuli di UPNM.

Keempat kerana pihak Polis Di-Raja Malaysia mengkategorikan kes ini sebagai dera.

Suspek dikatakan telah menggunakan seterika wap untuk mendera mangsa selain memukul mangsa dengan alasan untuk memaksa mangsa mengaku mencuri komputer riba salah seorang suspect.

gambar arwah kadet tentera laut UPNM bersama mak dan ayah beliau

Secara jujurnya alasan itu tak dapat Tedi terima sama sekali dan bagi Tedi suspect harus dihukum keras dan jika benar mereka bersalah, mereka harus dihukum dengan seterika wap pula kecuali jika diampunkan keluarga mangsa dan digantikan dengan pampasan setimpal.

30 orang suspect yang telah memilih untuk melakukan sesuatu yang bodoh, Tedi dapat rasakan akan gelap masa depan mereka.

Mungkin mereka berasa tindakan mereka itu ringan kerana mungkin mereka berpendapat mangsa adalah seorang tentera yang gagah yang mampu menanggungnya.

Tapi mereka lupa, mangsa juga manusia biasa, bukannya watak adiwira seperti Superman.

Kebinatangan mereka pada bulan Ramadhan ini membuktikan tidak perlu ada syaitan la'natullah, manusia itu sendiri boleh lebih jahat daripada syaitan la'natullah.


~20170603~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih