Tedi bukanlah peminat lagu-lagu rock. Tedi selalunya menilai sesebuah lagu berdasarkan liriknya yang bermakna.

Jika lirik lagu itu berkisar pasal perihal percintaan, Tedi selalunya takkan hiraukannya.

Gambar Caliph Buskers membuat persembahan bersama kumpulan Mojo dalam Anugerah Juara Lagu.
Caliph Buskers membuat persembahan bersama kumpulan Mojo ketika membawa lagu Romancinta pada pusingan akhir Anugerah Juara Lagu. Persembahan mereka menjadi fenomena dan seterusnya menaikkan lagu Romancinta ke tahap mahakarya di mana ramai orang berebut mahu menyanyikannya.

 

Kenali Romancinta kerana Caliph Buskers

Romancinta adalah sebuah lagu yang telah lama diputarkan di corong radio. Tapi tidak pernah mahu mendengarnya kerana penyanyinya yang asal iaitu Aweera agak terjerit-jerit menyanyikannya. Ditambah lagi dengan liriknya yang mengagungkan percintaan agak memualkan Tedi.

Aweera adalah vokalis kepada kumpulan Mojo, artis KRU Music yang membawakan lagu yang ditulis oleh Edry Abd Halim ini.

Dijadikan cerita Aweera meninggalkan Mojo sebelum lagu ini tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 29. Apabila lagu Romancinta tercalon ke dalam AJL-29, Edry tercari-cari siapa penyanyi yang boleh membawa lagu Romancinta ini dengan baik.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ahli kumpulan Mojo terdengar Caliph Buskers menyanyikan lagu ini di hadapan pasaraya SOGO Kuala Lumpur dan terus memaklumkan kepada Edry. Edry pergi ke SOGO untuk mendengar sendiri dan terus menawarkan peluang kepada Caliph Buskers untuk mempersembahkan lagu ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-29.

Apabila Caliph Buskers membawanya dalam Anugerah Juara Lagu, mereka telah membawa lagu Romancinta ini ke satu tahap yang tinggi iaitu mahakarya. Tiba-tiba sahaja ramai yang mahu menyanyikan lagu Romancinta ini dengan gaya Caliph Buskers. Gimik menyanyi dalam gelap dan kemudiannya lampu dipasang diiringi letusan bunga api membuatkan orang ramai tertanya-tanya, "betulkah dia yang menyanyi?" kerana bersama Mojo adalah satu band orang cacat penglihatan dan penampilan mereka pun biasa-biasa sahaja macam orang buta di tepi jalan.

Tak sedikit yang mengalirkan airmata. Tedi pun sama kerana terharu bagaimana Allah mengurniakan rezeki kepada tiap hamba-Nya.

Sebuah lagu yang pada asalnya Tedi dengar hanya terjerit-jerit tiba-tiba sahaja mampu membuatkan Tedi berasa sedih kerana terasa benar Caliph Buskers merayu kepada wanita yang diceritakan dalam lagu tersebut. Nadanya betul-betul seperti seorang lelaki yang kecewa. Sebutannya juga jelas sehingga kita mampu menghayati lagu tersebut dan bukan hanya terpekik terlolong.

 

Penyanyi yang betul boleh menaikkan sesebuah lagu

Sebelum ini Tedi berpendapat bahawa sesebuah lagu itu sedap kerana ia sedap tanpa kira siapa penyanyinya.

Tapi fenomena Romancinta bawaan Caliph Buskers itu mengejutkan Tedi sekaligus buat Tedi terpaksa mengakui bahawa Caliph Buskers telah berjaya mengangkat Romancinta sebagai sebuah mahakarya.

Ternyata penyanyi juga membawa kesan kepada sesebuah lagu.

 

Lirik Romancinta

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta


Mula ditaip dan diterbitkan pada 20170610, karangan ini adalah mengenai perasaan dan pandangan Tedi terhadap kesan yang dibawa oleh kumpulan Caliph Buskers terhadap lagu bertajuk Romancinta apabila mereka mempersembahkan lagu ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-29. Romancinta mungkin adalah gabungan perkataan Roman dan Cinta dan apabila digabungkan hampir berbunyi Romantika.