Jam 7.30 malam

Kami bertolak dari Kampung Delima, singgah di Masjid Wakaf Bharu untuk tunaikan solat Isya.

Jam 8.20 malam

Kami sampai di Hentian Bas Tesco Kota Bharu, tapi apabila sampai di depan kaunter Transnasional, ia tutup dengan notis, semua bas dari Kota Bharu kena naik di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu.

Jam 8.30 malam.

Kami bergegas ke sana, Master menelefon Transnasional Kota Bharu dan dimaklumkan bahawa bas kami belum tiba dan dijangka sampai jam 9 malam.

Jam 8.40 malam

Kami tiba di Stesen Bas Pusat Bandar Kota Bharu. Tok Abah meninggalkan kami di situ. Master tunaikan solat Isya di surau stesen tersebut.
Keadaan stesen bas yang menjadi pusat baa Transnasional, Nice, dan City Liner itu agak kecil dan serabut, Kota Bharu tampak memerlukan stesen bas yang lebih sempurna.

Jam 9.00 malam

Bas kami masih belum tiba. Master pergi minum neacafe panas gelas kecil di sebuah restoran Thai. Harga mahal RM 1.80, mentang-mentang dia aja niaga pada masa tersebut.

Jam 9.30 malam

Bas kami sampai. Kami naiki bas dan ia bertolak pada jam 9.40 malam.
Bau asap rokok memenuhi ruang bas sebabkan kami agak kepeningan. Penumpang manalah yang tak tahu adab naik bas?

Ironinya, ia singgah di Hentian Bas Tesco Kota Bharu untuk mengambil penumpang di sana.
Jalan keluar dari Bandar Kota Bharu sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kediaman masing-masing.

Jam 01:20 pagi

Bas kami tersekat 52 kilometer dari simpang Gua Musang. Google Map melaporkan ada kemalangan yang menyebabkan delay 22 minit.
Kami tidak bergerak hampir 20 minit.
Tidak bergerak yang Tedi maksudkan adalah benar-benar tidak bergerak.

Tiba-tiba sahaja Tedi nampak ada asap berkepul-kepul di kokpit pemandu. Rupa-rupanya pemandu bas Transnasional tersebut yang tidak tahu adab hisap rokok dalam bas, tak buka tingkap pula tu!

Jam 02:10 pagi

Tedi kesejukan. Nampaknya bulu tebal Tedi kalah dengan hawa dingin dalam bas. Perjalanan kami kembali lancar walaupun driver bas terpaksa tekan brek beberapa kali apabila ada kereta yang memotong.

Deretan bendera PKR bersusun di tepi jalan, mungkin mahu menawan Kelantan dalam pilihan raya akan datang.

Jam 03:50 pagi

Kami singgah di Merapoh. Master belanja Tedi burger RM 3. Seorang pakcik complaint pasal nasi kerabu kosong harga RM 4.

Jam 05;18 pagi

Di Lipis. Nampaknya mungkin jam 6:30 pagi kami sampai di Genting Sempah, dan jam 7:30 pagi di Terminal Bersepadu Selatan.

Master cuba Google ada tak kemudahan mandi manda di TBS, tapi macam tiada maklumat pasal bilik mandi di sana.

Jam 06:20 pagi

Singgah di Masjid Ketari di Bentong di Negeri Pahang untuk solat Subuh.

20170628