Semalam kami bergerak pulang ke Felda Bukit Rokan Utara pada jam 2 pagi.
Mummy berurut badan di rumah
Kami bergerak lewat kerana Mommy ada temujanji berurut badan di rumah. Bilik di mana Mommy diurut dipenuhi oleh bunyi sendawa yang mana Tedi tak tahu dikeluarkan oleh siapa... Adakah yang diurut atau yang mengurut?
Sesi mengurut badan Mommy itu berlangsung hampir 3 jam. Selesai sesi mengurut, makcik yang mengurut tu tak sebut berapa upah mengurut badan Mommy, sebaliknya menyerahkan kepada Mommy untuk beri upah seikhlas hati.
Pening juga nak bayar berapa ni? Berapak bayaran untuk urut badan wanita?
Kalau nak kira upah seikhlas hati ni, kita kenalah kira berapa upah per jam, barulah senang kira.
Keringkan baju bayi di Clean Pro
Selepas itu dalam jam 12 malam, Master pula pergi ke Clean Pro untuk keringkan baju bayi Aina yang telah dicuci.
Bergerak pulang ke Felda Bukit Rokan Utara
Perjalanan kali ini adalah melalui Lebuhraya PLUS beemula dari Nilai ke susur keluar Senawang.
Perjalanan lancar itu tercemar oleh gelagat penunggang motosikal yang menunggang secara berterabur di lebuhraya. Sepanjang perjalanan Master mengekori sebuah Proton Exira yang konsisten pecutannya pada 120 kilometer sejam. Master memang suka ekori mana-mana kereta pada waktu malam sebagai sumber motivasi dan juga sebagai "penapis" mengelakkan jalan rosak atau sebarang halangan.
Master selalunya elak gunakan PLUS kerana lebuhraya itu selalu sesak walaupun hanya pada hari minggu biasa. Tetapi pada awal pagi adalah tidak berapa selesa untuk kami gunakan lebuhraya LEKAS.
Di Senawang pula kami disekat oleh beberapa hentian lampu isyarat. Kelihatan juga ramai penunggang motosikal memenuhi jalan. Entah apa mereka buat pada awal pagi Sabtu itu tiadalah Tedi ketahui. Di Senawang juga ada sekatan jalan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia.
Selepas Senawang kami menghala ke Ulu Bendul melalui jalan legenda Malaysia iaitu Bukit Putus. Bezanya kami lalu jalan baru yang lebih lurus dan luas, bukannya jalan lama Bukit Putus yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu menurut lereng Guung Angsi.
Melepasi Ulu Bendul, Terachi akhirnya tiba di Kuala Pilah di mana kami membelok ke kanan ke arah Senaling.
Di pertengahan jalan ke Senaling kami membelok ke kiri untuk memasuki jalan dalam ke Bukit Rokan Utara.
Ketika itu Master sudah agak mengantuk memandangkan hampir 24 jam dia berjaga. Sampai satu tahap Master seolah-olah telah melanggar seekor binatang berwarna kuning di tengah jalan, tapi tiada sebarang impak langgaran terasa. Mungkinkah kerana Subaru XV tinggi maka kami tidak terlenyek haiwan tersebut?
Tedi assume itu bukanlah seekor haiwan kerana tiada silauan mata apabila disuluh lampu kereta.
Sampai di Jelai, Master berhenti sebentar untuk makan sebiji kurma bagi mendapatkan gula untuk mengaktifkan semula panca indera beliau.
Aina sudah tidur
Kami tiba di rumah Tok Mak di Felda Bukit Rokan Utara pada jam 4.30 pagi, masa sesuai untuk bersahur. Ketika itu Aina sudah lama lena bersama Mak Lang Yan.
20170611
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.