Terima kasih kerana sudi bertanya perihal kelemahan formasi 4-1-4-1 bolasepak ni. Tedi akan cuba jawab dengan sebaik dan selurus mungkin.
Kepada kekawan yang mahu tahu pasal formasi yang sesuai untuk tewaskan formasi 4-1-4-1 di dalam Top Eleven bolehlah membaca kiriman Tedi yang lalu di capaian bertajuk "Cara tewaskan formasi 4141 Top Eleven"
Formasi 4-1-4-1 adalah formasi bertahan di mana anda perlu memiliki pemain yang boleh menyerap asakan hebat pihak lawan. Ia boleh di-variasi-kan kepada formasi 4-3-3 dan 4-5-1 semasa menyerang.
Formasi 4-1-4-1 hanya menggunakan seorang penyerang, jadi anda perlu menggunakan hantaran bola jauh untuk menghantar bola kepada penyerang. Jika anda ada pemain sayap yang laju dan boleh naik ke atas dengan cepat maka anda boleh gunakan hantaran bola pendek untuk menyesakkan kawasan lawan, tapi jika tidak, maka penyerang anda akan keseorangan menyebabkan peluang menyumbat gol adalah terhad. Penyerang yang tegap, tinggi, dan berkemahiran tinggi diperlukan untuk berada bersendirian di depan gol lawan. Barisan penyerang anda akan cepat penat, jadi sediakan penyerang simpanan yang bagus juga.
Kedua-dua pemain tengah anda tidak boleh naik menyerang serentak jika anda gunakan formasi 4141 dalam Top Eleven. Seorang perlu kekal bertahan, manakala seorang lagi harus naik ke atas untuk membantu jentera serangan.
Penyerang tunggal perlu ada kemahiran hantar bola yang tinggi kerana dalam formasi 4-1-4-1 penyerang akan dikawal ketat, jadi dia harus ada kemahiran memegang dan menghantar bola apabila perlu terutama kepada pemain sayap.
Formasi 4-1-4-1 bergantung kepada 3 orang pemain tengah (CM dan DM). Mereka harus berkomunikasi dengan baik dan jangan beri peluang kepada pihak lawan untuk masuk melalui bahagian tengah. Pemain tengah yang lebih bagus memegang dan merebut bola harus diutamakan.
Taktik memegang bola perlu diutamakan apabila ada pemain tengah yang bagus, kerana formasi ini sebenarnya membantu pasukan menguasai bola. Tetapi jika terlalu bertahan, serangan balas pantas diperlukan, bermakna hantaran jauh berkualiti diperlukan.
Memerlukan barisan pertahanan yang bagus kerana fokus taktik 4-1-4-1 adalah untuk bertahan.
Formasi 4-1-4-1 sangat rapuh kepada serangan balas kerana hanya ada seorang DM dan mumngkin juga penyerang (ST) mudah kehilangan bola lalu membenarkan serangan balas oleh pihak lawan.
Pemain pertahanan sayap perlu menyerang dan naik ke atas untuk membenarkan pemain sayap masuk ke dalam kawasan gol. Jika tidak, pihak lawan mudah membaca serangan anda dan menyekat pemain sayap.
Seorang pemain pertahanan tengah perlu naik ke atas untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, manakala seorang lagi harus tunggu di bawah untuk memintas sebarang cubaan serangan oleh pihak lawan.
Pertahanan terdedah apabila pemain lain naik ke atas untuk membuat serangan. Formasi yang menggunakan 2 orang penyerang sudah mencukupi untuk mencipta peluang semasa serangan balas.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.