Tadi Master balik dari pejabat beliau di Bangsar South menggunakan LRT dan komuter.
Beliau naik LRT di Stesen Kerinchi dan turun di Stesen KL Sentral.
Selepas itu beliau naik Komuter menghala ke Seremban. Komuter yang Master naik tadi menuju ke Sungai Gadut iaitu destinasi terakhir Komuter hala Seremban.
Master turun di Stesen Nilai kerana ia lebih hampir dengan Salak Tinggi, dan ia ada stesen bas dan teksi.
Master mengambil sebuah teksi yang telah usang.
Sampai sahaja di Salak Tinggi, Master bertanyakan jumlah tambang. Terkejut juga Master sebab tambangnya RM 20!
Master saja ambil teksi kerana nak sokong pekerjaan pakcik-pakcik tersebut, tapi jika inilah peelnya, Master sokong saja penggunaan Uber dan Grab.
Mungkin pemandu teksi boleh menuduh pemandu Uber dan Grab menzalimi mereka, tetapi mereka harus tanya diri sendiri dahulu adakah mereka menzalimi para pengguna? Mungkin ini adalah hukum karma buat mereka, sunnatullah yang menunjukkan bahawa pemandu teksi di Malaysia takkan selamanya beraja di mata, bersultan di hati.
Master tanya berapa tambang awal pagi Salak Tinggi ke KLIA, jawabnya RM 60! Wow.. kawan Master yang naik Grab bayar jumlah sebegitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke KLIA, tapi pemandu teksi mengenakan jumlah yang sama untuk perjalanan hanya 15 kilometer?
Mereka ini mungkin selesa dengan pencapaian mereka sekarang, tapi Tedi nak ingatkan, jika mereka berjasa kepada pelanggan, mereka mungkin dapat pelanggan tetap, dan sebaliknya jika hanya kejar kebendaan.
RM 20 tu boleh tampung kos minyak Master pandu kereta pergi dan pulang untuk 2 hari, iaitu perjalanan sejauh 200 kilometer.
tak juga sebab Tedi ada juga pengalaman yang bagus dengan 3 orang pemandu teksi yang berdisiplin guna meter dan mesra pelanggan. tapi lebih banyak pengalaman yang tak berapa bagus. Kami pernah naik teksi dengan jarak yang sama dalam kesesakan trafik ke lapangan terbang subang pun tak sampai RM 15. Tapi abaikan sahajalah. Mungkin rezeki dia.
2 Ulasan
Sebab mereka dibebani dengan bayar itu dan ini kepada persatuan teksi dan kerajaan... dan SPAD sampai sekarang tiada penyelesaian yang komprehensif...
BalasPadamtak juga sebab Tedi ada juga pengalaman yang bagus dengan 3 orang pemandu teksi yang berdisiplin guna meter dan mesra pelanggan. tapi lebih banyak pengalaman yang tak berapa bagus.
PadamKami pernah naik teksi dengan jarak yang sama dalam kesesakan trafik ke lapangan terbang subang pun tak sampai RM 15.
Tapi abaikan sahajalah. Mungkin rezeki dia.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.