Pada hari Sabtu, 3 Jun 2017 yang lalu, kawan-kawan sepejabat Mommy telah menghadirkan diri ke rumah kami untuk berbuka puasa.
Konsep kali ini adalah potluck di mana masing-masing membawa juadah berbuka puasa sendiri. Tedi tak pasti sama ada betul istilah potluck yang Tedi guna tu sebab kalau terjemahan langsungnya berbunyi teko tuah.
Selain itu ada kawan Mommy yang memasak di rumah kami.
Di antara menu yang dihidangkan di atas meja sempena potluck berbuka puasa bersama kawan Mommy pada tahun ini.
Dirakam menggunakan telefon pintar Sony D2533 pada 2017-06-03-1921
Pelbagai juadah berbuka puasa menghiasi menu kami pada hari itu seperti ayam goreng berempah, ayam mentega berkeju, sotong masak hitam, udang masak lemak cili api, ikan siakap stim limau dan macam-macam lagi.
Rugilah orang macam Master sebab di antara menu potluck yang pelbagai jenis tu dia cuma makan udang masak lemak cili api dan ayam goreng berempah sahaja.
Aina lena tidur, masa ni dia berumur 3 bulan 14 hari.
HUAWEI H30-U10 2017-06-03-1021
Bayi Aina sangat behave (berkelakuan baik) pada masa kejadian, dia tidak melalak seperti biasa dan duduk diam dengan orang lain. Tapi kalau dengan Master saja dia akan mula merengek. Ini menyebabkan Tedi berpendapat bahawa bayi Aina ni saja mahukan publisiti. Mungkin dia mahu bermanja dengan Mommy dan Master.
*** 5 Jun 2017 ***
2 Ulasan
bestnyaa banyak makanan.. suka port luck. lagi best bila kawan2 lain sporting gila bawa macam2 baru meriah kan..
BalasPadambtw salam kenal. CT follow sini =)
Haha lagi lagi banyak ragam masing masing. Makanan pun kalau lebih boleh bungkus. Terima kasih follow interpretzz.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.