Ketika ini Tedi berdiri di selusur aluminium kaki lima dari tandas ke surau di RnR Seri Kembangan.
Kami dari arah Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya.
Di sini kami berbuka dengan nasi campur gulai resepi dari Kelantan walaupun yang menjaga kedai tersebut adalah orang Indonesia.
Terdapat 3 kawah yang menempatkan gulai daging, gulai kambing, dan juga sup daging.
Di tepi RnR ini terdapat kawasan hutan yang Tedi percaya adalah tanah UPM. Nun jauh di sana kelihatan bulan terang menjadi penghias latar belakang hutan tersebut.
Sebentar lagi kami akan menyambung perjalanan terus pulang ke rumah. Mommy ada temujanji dengan tukabg urut wanita untuk membantunya keluarkan banyak susu badan.
Aina pula sejak pagi tadi sudah tiba di kampung di Bukit Rokan mungkin sedang mengamuk mengganggu tok mak dan tok ayah. Bayi Aina masih kerap berak-berak kata tok mak.
Suasana di hentian rehat Seri Kembangan ini kembali sunyi selepas sebentar tadi dikerumuni orang ramai yang mahu berbuka puasa.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.