Photoshoot raya
Sekarang tengah berdiri di lobi sekolah kerana sebentar lagi ada sesi fotografi untuk sambutan hari raya yang bakal menjelma.
Lama sangat menunggu cikgu besar menyertai kami, Tedi pun ambil kesempatan ini untuk menconteng apa yang patut.
Ubahsuai rumah siap
Semalam siap sudah kerja-kerja pengubahsuaian bahagian hadapan rumah kami.,
Aina kurang minum susu
Aina pula semalam kurang minum susu. Tak tahulah sebab apa? Nak kata demam, suhu badannya 36 darjah Celsius sahaja.
Master dan kuaci
Itu semua cuma sampingan sahaja. Kali ni Tedi nak bercerita pasal kudapan kegemaran Master iaitu kuaci, tak kisahlah sama ada kuaci bunga matahari atau kuaci biji labu.
Kuaci komersial yang diminati Master adalah kuaci Hogomas perisa marjerin keluaran Indonesia. Sebelum tu Master makan ChaChi keluaran China tapi selepas makan ChaChi ni badan Master kepanasan dan Master tidak berapa gemar akan baunya yang harum.
Makan kuaci dikatakan baik untuk kesihatan sebab ia adalah bijian. Tapi ia perlukan masa lapang yang banyak sebab makan kuaci ni agak leceh.
Tapi Master akan kumpul semua kulit kuaci itu dan tidak dibuang terus. Rupa-rupanya ia disimpan untuk dijadikan sungkupan kepada pokok lada. Master gemar gunakan sungkupan kulit kuaci sebab ia mudah ditabur, jadi ia meliputi banyak permukaan tanah tanaman.
Dengan adanya sungkupan kulit kuaci ni, kelembapan tanah di bawahnya bertahan lebih lama, dan ketika hujan, ia memperlahankan impak ke atas tanah sekaligus mengelakkan tanah menjadi padat.
Selain itu kulit kuaci terasa masin, jadi ia mungkin ada garam yang boleh disedekahkan kepada tanaman, dan apabila ia mereput, ia boleh jadi baja organik.
Okaylah. Cikgu besar dah sampai. Masa untuk bergambar.
20170616 11:39
2 Ulasan
Tak pandai makan kuaci.
BalasPadamKulit kuaci boleh jadi baja organik.
lepas letak kulit kuaci tu, pokok lada lebih subur, & tak perlu risau sangat tanah kekeringan....
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.