Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map.
Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation berbanding Waze.
Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze.
Setakat ini Tedi lebih banyak sampai ke salah tempat apabila menggunakan Google Map berbanding Waze, selain Google Map juga kurang tepat mengesan jalan yang kita lalui contohnya dia akan fikir kita duduk di jalan sebelah. Oleh itu apabila sesat, Tedi akan tutup Google Map dan gunakan Waze.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah Google Map memperolehi data? Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama.
1. Google Location Service
Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengintip di mana pengguna berada. Bagi Tedi ia adalah bagus kerana tidak perlukan pengguna input data secara manual.
Selain itu melalui penggunaan Google Location Service ini Google juga boleh menghubungkan gambar yang kita muat naik ke dalam Google Photos kepada mana-mana lokasi. Malah Google juga tanpa segan silu akan meminta kita menyumbangkan gambar yang berkaitan kepada mereka.
Apa yang Tedi suka ialah Google merakam semua ini dalam Timeline.
2. Waze
Waze adalah anak syarikat Alphabet menjadikannya sebumbung dengan Google tapi pada arah yang berbeza.
Waze menyediakan data yang diperolehi daripada pengguna kepada Google. Nice huh?
3. Pihak berkuasa tempatan
Google dikhabarkan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan maklumat trafik dan juga maklumat berkaitan seperti projek pembinaan dan juga penutupan jalan.
20170705
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.