Ini adalah contoh beberapa ayat yang dibina daripada perkataan "dinafikan".

Dinafikan adalah perkataan daripada kata akar "nafi".

  1. Tidak dinafikan ramai ibu yang mengalami kekurangan susu badan sehinga terpaksa memberi susu formula kepada bayi mereka.
  2. Para pekerja kilang tersebut mogok apabila beberapa hak mereka sebagai pekerja dinafikan oleh pihak pengurusan kilang.
  3. Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan harga minyak menyumbang kepada kenaikan harga barangan di pasaran.
  4. Sukri tidak rela haknya sebagai salah seorang penerima wasiat arwah bapanya dinafikan oleh Ahmad, dia rela bertegang leher walaupun dengan abang kandungnya sendiri.
  5. Jalal bengang apabila tuduhannya terhadap Najib dinafikan oleh Samsul yang tidak mahu mengaku menyaksikan Najib mencuri duit dari tabung kelas.
  6. Peranan golongan wanita dalam TLDM tidak dinafikan dan penyertaan mereka juga meliputi semua kepakaran utama iaitu bekalan, pelaut dan kejuruteraan.
  7. Tidak dinafikan ada beberapa pengikut di Instagram cuba melakukan provokasi serta menghina saya di ruangan mesej peribadi.
  8. Penggunaan media massa sebagai satu cara memupuk minat membaca tidak dapat dinafikan lagi.
  9. Tidak dinafikan kemudahan akses internet membuka peluang kepada penggunaan media sosial yang meluas di kalangan pengguna internet.
  10. Dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.

Selalunya perkataan "dinafikan" ini digunakan dalam dua situasi iaitu:

  1. Membenarkan sesuatu fakta atau pendapat: selalunya ayat yang membenarkan sesuatu fakta akan didahului dengan ayat "tidak dinafikan" atau "tidak dapat dinafikan" atau "tidak dapat dinafikan lagi".
  2.  Ditidakkan, ditolak, tidak diendahkan.

 

Beberapa imej yang berkaitan dengan perkataan "dinafikan"

Gambar Nurul Izzah kesal hak pengundi dinafikan
Izzah kesal hak pengundi dinafikan. 

 

Bangsa Rohingya dinafikan kerakyatan oleh kerajaan Myanmar.
Dinafikan kerakyatan. 

Perkat