بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


KUALA TERENGGANU - Sekumpulan ahli akademik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah ke Seattle, Amerika Syarikat bagi membuat pencerapan gerhana matahari penuh yang berlaku di negara itu pada 21 Ogos lalu.

Delegasi itu diketuai pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Prof Madya Dr Baharrudin Zainal dan turut disertai pelajar siswazah Unisza, Agku Bolkhizan; Koordinator Kelab Astronomi Amatur Malaysia, Shahrin Ahmad dan dua orang lagi pencerap.

Menurut Dr Baharuddin, gerhana itu bermula jam 9.16 pagi waktu Oregon, Amerika Syarikat dan mula penuh pada jam 10.19 pagi.

“Menariknya, fenomena kali ini hanya berlaku di Amerika Syarikat sahaja. Lokasi cerapan oleh kumpulan kami di Ashwood, yang disertai juga oleh pencerap dan penduduk tempatan.

“Tempoh penuh gerhana kali ini selama 2 minit 3 saat dan boleh dilihat dari pantai barat Oregon sehingga ke Carolina di pantai timur Amerika Syarikat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fenomena ‘Korona’ yang merupakan lapisan atmosfera matahari yang hanya boleh kelihatan ketika gerhana matahari penuh, suhu korona dan dianggarkan 1 juta darjah Celsius.

Manakala fenomena ‘Diamond Ring’ atau cincin berlian merupakan tompokan cahaya, terakhir matahari yang keluar melalui celah-celah gunung ganang bulan.

“Bagi rakyat Malaysia, mereka berpeluang melihat gerhana Matahari jenis ‘Anular’ yang akan merentasi Kukup, Tanjung Piai Johor ke Sarikei, Sarawak ketika tengah hari pada 26 Disember 2019 nanti.

“Selain dapat melihat Korona matahari yang tidak dapat dilihat pada keadaan biasa, ia amat penting bagi ahli akademik untuk menambah ilmu dan informasi tentang gerhana,” katanya.

FARAH SHAZWANI ALI
25 OGOS 2017, 20170825
SINAR HARIAN

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih