Semalam hari Khamis, 28 September, selepas waktu Isya dalam jam 9.30 malam Master telah ke kawasan pasaraya Giant di Bandar Baru Nilai dengan nawaitu untuk upgrade kad ingatan (memory card) komputer riba Lenovo T420S milik Master daripada 4GB kepada 12GB jika boleh.

Gambar kad memori (memory card) DDR3 dan DDR3L. Apakah perbezaan di antara kedua-duanya?

Ini adalah kerana memory 4GB tu selalu sahaja penuh hingga menyebabkan komputer riba Master itu tergantung di awang-awangan (hanging). Ia mengganggu kerja Master ketika build kod sumber sebuah sistem yang sedang Master bangunkan.

Di antara dua kedai komputer

Di kawasan sekitar Giant Nilai tu ada 2 buah kedai komputer yang kedua-duanya telah Master lawati sebelum itu untuk tukar RAM SODIMM. Malangnya kedua-duanya tak mahu jual RAM yang Master ingini kerana Master tak bawa notebook Lenovo T420S tu bersamanya. Mereka tak mahu bila Master bawa balik dan pasang ke dalam komputer riba tersebut, ia tak berfungsi.

Master memilih untuk ke kedai kedua sebab jurujualnya tidak bersikap kerek yang tak tentu hala. Kalau customer tu tanya jawab je lah dengan baik dan ikhlas, janganlah jawab macam kau je yang tau pasal komputer, orang lain bodoh tak tau apa. Kalau orang tu tak tau, ceritakan supaya dia tahu. Ni tanya sikit, buat muka jelik, apa kes?

Kedai kedua ni okay sebab bila kita bertanya dia akan jawab lebih lagi, contohnya kalau kita tanya soalan basic je, dia akan cerita pula pengalaman dia.

Hanya ada DDR3L sahaja

Kedai komputer tersebut malangnya hanya ada SODIMM DDR3L sahaja ketika itu. Mereka amat gusar jika komputer riba Lenovo T420S tu tak support teknologi memory card generasi baru tu.

Notebook Lenovo T420S menggunakan memory card SODIMM DDR3 jadi mereka tidak pasti jika DDR3L menyokong komputer riba tersebut.

Hal inilah yang membuatkan Tedi tertanya-tanya apakah beza kedua-dua kad memori DDR3 dan DDR3L? Selama ini Tedi ingatkan DDR3L tu adalah untuk laptop.

Setelah mengkaji dan membandingkan di beberapa laman sesawang untuk mendapatkan kefahaman yang baik dan mendalam, Tedi mendapati bahawa perbezaan di antara DDR3 dan DDR3L adalah voltan kuasa elektrik yang digunakan:

  1. DDR3L adalah SoDIMM yang mempunyai keupayaan untuk beroperasi pada dua voltage iaitu 1.5V dan 1.35V.
  2. DDR3L juga mempunyai pin yang serasi dengan DDR3.
  3. DDR3 adalah SoDIMM yang hanya menyokong operasi pada voltage 1.5V sahaja.
  4. Apabila DDR3L beroperasi pada voltage 1.35V, ia menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  5. Bagi kad memori, keupayaan beroperasi pada voltage rendah adalah bersamaan dengan pengoperasian yang lebih pantas. Sebabnya ia tak perlu tunggu elektrik cukup 1.5V, dah boleh set memori ketika pada 1.35V. Confuse tak? Macam tu lah lebih kurang, hehe.

Bolehkah notebook Lenovo T420S menggunakan memori DDR3L?

Persoalan itu hanya boleh dijawab jika kami mencubanya. Maka technician di kedai tersebut pun memulakan kerjanya dengan mencabut bateri komputer riba Lenovo T420S itu sebelum dia mencabut 2 keping kad memori 2GB DDR3 sedia ada.

Master agak kecewa apabila mengetahui ada 2 keping DDR3 2GB yang asal pada kedua-dua slot RAM dan bukannya sekeping DDR3 4GB pada satu slot RAM sekaligus memusnahkan harapan Master untuk menikmati jumlah RAM 12GB.

Kemudian brother technician tu memasang DDR3L 8GB tersebut, sebelum reboot komputer riba Lenovo T420S tersebut.

Alhamdulillah, ia berfungsi dengan baik dan notebook Master tu dapat kesan jumlah 8GB RAM.

Kemudian brother technician tu mencadangkan kami combine DDR3L 8GB tu dengan salah satu DDR3 2GB… alhamdulillah ia berfungsi baik dengan jumlah RAM 10GB.

Apakah kesan tambah RAM 6GB?

Alhamdulillah, notebook Lenovo T420S tersebut kini beroperasi dengan lebih lancar. Kalau dulu hampir 100% RAM digunakan tetapi kini hanya 20%.

Pelik juga Master melihatnya kerana Master jangkakan ia akan gunakan 50% memori.

Mungkin ada yang bertanya kenapa nak kena upgrade RAM? Dan adakah ia berbaloi atau ada faedah?

Jawapannya kerana jika nak upgrade komputer, benda paling senang untuk upgrade ialah RAM, itupun jika kita lihat RAM kita banyak digunakan. Lebih banyak RAM bermakna lebih banyak ruang untuk komputer simpan maklumat sementara. Boleh sahaja komputer simpan dalam cakera keras melalui penggunaan page file, tetapi secara elektroniknya operasi cakera keras adalah lebih perlahan berbanding operasi memori RAM.

Selain itu dengan ada banyak RAM kita boleh buka banyak program serentak. Pada zaman sekarang ni buka internet browser pun dah memakan memori RAM yang banyak.

Tengoklah nanti jika ada penemuan terbaru, Tedi akan kemaskini di sini.

20170928