Bayi Aina sekarang ni mengalami masalah berak cair selepas minum susu. Susu yang kami gunakan sekarang adalah susu Lactogen dan juga Enfalac.

Doktor nasihatkan kami untuk beri Aina susu bayi rumusan khas tanpa laktosa kerana semasa bayi cirit-birit akan ada satu tempoh di mana perut bayi tak mampu proses laktosa dengan baik.

Laktosa yang Tedi fahami adalah gula kompleks daripada protein haiwan.

 

Terjah Pasaraya PKT Wakaf Bharu

Pada 20170903 jam 3.30 petang lebih kurang, Master telah keluar seorang diri ke Wakaf Bharu. Destinasi pertama beliau adalah ke pasaraya PKT yang terletak bersebelahan Pasar Wakaf Bharu. Master malas hendak ke TESCO Kota Bharu kerana jalan sesak dari Pengkalan Kubor ke Kota Bharu di bulatan Wakaf Bharu.

Malangnya susu Mamex LF yang dicari tiada di sana.

Master terpaksalah meredah kesesakan jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pasaraya Salamku Pasir Pekan.

Tapi ketika dalam kesesakan jalan tersebut, Master akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pasaraya besar TESCO Kota Bharu yang terletak hanya di seberang sungai Kelantan.

Memanglah pasaraya Salamku lebih dekat tapi Master tak mahu kehampaan jika susu Mamex LF tu tiada di sana kerana Master tak pernah pun jejakkan kaki di pasaraya tersebut. Berbeza pula dengan TESCO Kota Bharu yang Master sudah beberapa kali pusing keliling.

 

Mana susu Dumex Mamex LF?

Sampai di TESCO Kota Bharu, hampir luruh jantung Master apabila tinggal hanya satu tin susu Dumex Mamex LF tersebut, itupun sudah kemik. Master tak nak beli susu tin kemik tersebut kerana dikhuatiri ia telah tercemar.

Di sebelahnya adalah susu Dumex Dupro LF yang lebih murah. Master berkira-kira untuk membeli susu Dupro LF tersebut tetapi tak mahu ambil risiko jika bayi Aina tidak serasi dengan susu tersebut.

Akhirnya Master selongkar di bahagian belakang susu Dupro LF itu dan alhamdulillah ada beberapa tin susu Dumex Mamex LF di sana.

Master sambar satu dan terus beredar pulang selepas membuat bayaran.

Di simpang keluar Master sangkut dalam kesesakan kerana hampir lima lorong kereta keluar dari jalan depan dengan membuat pusingan-U, ada pula di antaranya yang terus pancung nak ke lorong kanan. Seharusnya jalan keluar itu disempitkan atau ditutup terus kerana menyusahkan pemandu di jalan utama.

 

Mengapa susu bebas laktosa begitu mahal?

Susu bebas laktosa lebih mahal daripada susu biasa kerana: Susu bebas laktosa dirawat dengan versi Pasteurisasi versi Ultra High Temperature (UHT) untuk memberikan jangka hayat yang lebih lama dan meningkatkan konsistensinya untuk menjadikannya bebas laktosa