22-September-2017 jam 3 pagi:
Ini adalah kiriman pertama Tedi dalam interpretZZ menggunakan komputer riba Lenovo T420s yang baru Master beli di Mydin USJ, malam semalam. Pada waktu ini Tedi ditugaskan oleh Master untuk mengemaskini semua perisian Windows 7 dalam komputer riba ini.
Kelam-kabut juga Tedi menaip menggunakan papan kekunci yang direka untuk pasaran Thailand ni, tetapi lama kelamaan biasa juga seperti kata pepatah, "alah bisa tegal biasa".
Kadangkala komputer riba Lenovo T420s ni tersangkut-sangkut juga, mungkin kerana kekurangan memori RAM. Jika ada rezeki lebih dan balik modal, bolehlah nanti Master tambahkan memori RAM untuk komputer riba Lenovo T420s ni. Buat masa sekarang, gunakanlah apa yang ada bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna juga".
Sementara menanti kerja-kerja kemaskini perisian itu selesai, Tedi cuba mengolah kerja sekolah yang memerlukan Tedi melukis gambar sebuah kereta usang. Tedi tak berapa pasti jika usang itu dimaksudkan kereta yang buruk atau kereta yang telah ditinggalkan?
Seperti biasa, Tedi bertanya kepada yang pakar...
Lukisan Kereta Vintaj Usang Terbiar
Lukisan kereta terbiar menggunakan medium pensil grafit oleh artis TJ Cleary.
https://www.etsy.com/listing/158993447/old-abandoned-car-graphite-pencil
http://www.jorgallery.com/2015/11/abandoned-vehicle/
Lukisan di atas adalah lukisan kereta usang yang terbiar oleh Jor Gallery.
Lukisan Kereta Usang Menggunakan Cat Air
Lukisan di atas merupakan lukisan sesuai menjadi panduan lukis gambar kereta berkarat yang dilukis menggunakan warna air di atas media kertas. Ini adalah lukisan trak lama milik bapa mertua pelukis yang dirancang akan dibaiki pada masa hadapan.
Kata kunci: karat, biru, trak, vintaj, warna air, antik, ladang, lama. Sumber foto: https://www.saatchiart.com/art/Painting-Old-Blue/938575/3379403/view
Trak Usang Ford 1947 Ford
Pelukis menyatakan bahawa dia berusaha untuk melukis lukisan ruffed di sini. Tedi tak faham apa maksud ruffed tu? Tampak si pelukis bersenang-senang dengan kenderaan terbengkalai lama yang dia jumpai
Di sini adalah lukisan trak yang beliau hasilkan pada awal pagi itu iaitu dalam bentuk sebuah lukisan minyak.
Sumber foto: http://www.wetcanvas.com/forums/showthread.php?t=450611
VW Bus Hippie Retro Vintage
Tedi tidak pasti jika lukisan di atas boleh dikategorikan sebagai lukisan sebuah kereta usang, sebabnya ia tampak macam sebuah van yang baru walaupun kita sedia maklum bahawa model VW ini adalah model lama. Tedi berpendapat bahawa ia bukan sebuah kereta usang sebaliknya ia boleh dikategorikan sebagai lukisan kereta klasik.
Lukisan Kereta Sedan Usang
Akhirnya Tedi menemui jua gambar yang agak sesuai bagi iklim Malaysia ni. Lukisan kereta di atas mungkin adalah lukisan sebuah kereta yang baru pada suatu masa dahulu, namun gaya strok lukisan itu membuatkan ia tampak sedikit usang ditambah dengan warnanya yang agak suram.
Sumber gambar: http://www.urbansketchers.org/2011/05/overabundant-mass-of-old-cars-in-berlin.html
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.