Rumah kampung di Malaysia selalunya digambarkan oleh ciri-ciri berikut:

  1. Dibina menggunakan kayu dan daun nipah.
  2. Dibina tinggi dari permukaan tanah kerana mengelakkan banjir.
  3. Mempunyai banyak tiang.
  4. Mempunyai jendela yang luas untuk membenarkan peredaran udara.
  5. dikelilingi persekitaran yang menghijau.
  6. Mempunyai aksesori seperti tempayan, basikal, sangkak ayam dan macam-macam lagi.
  7. Mempunyai bumbung yang tinggi untuk membenarkan peredaran udara.

Tetapi itu adalah ciri-ciri tipikal rumah kampung Melayu. Rumah kampung Cina dan India boleh sahaja masih berdinding kayu tapi berlantaikan tanah yang dipadatkan.

Rumah kampung di Sabah dan Sarawak pula diwakili oleh Rumah Panjang mengikut kaum masing-masing.

Kiriman ini akan menunjukkan beberapa contoh lukisan rumah kampung yang Tedi dapat daripada laman sesawang.

Lukisan dan lakaran rumah kampung yang ada di bawah ini bukanlah lukisan Tedi kerana Tedi tak pandai lukis rumah kampung.

Tedi akan sertakan link kepada gambar lukisan rumah kampung yang Tedi rujuk sebagai rujukan kepada kawan-kawan..

Lukisan Rumah Kampung oleh Anugerah Terindah

Sumber: Drawing.. Painting..

Apabila melihat sahaja lukisan rumah kampung oleh Anugerah Terindah ni Tedi berasa sangat kagum kerana katanya lukisan rumah kampung ini dilukis ketika dia berada di tingkatan dua.

Ia adalah lukisan sebuah rumah kampung tradisional berdindingkan kayu dan tiang-tiangnya beralaskan batu. Tangganya juga dibina menggunakan simen. Tujuan tiang-tiang itu diletakkan di atas batu adalah untuk elakkan ia mereput dan juga elakkan anai-anai dari tanah menyerang tiang-tiang tersebut.

Ini adalah lukisan tiga dimensi (3D).

Lukisan Rumah Tradisional Malaysia oleh Hisham Salmin 2011 

 Sumber: https://www.flickr.com/photos/hishamsalmin/5513142521

Wow! ringkas tapi sangat jelas maksudnya.

Lukisan tiga dimensi (3D) menggunakan warna air ini mungkin tidak begitu halus sehingga boleh memberitahu kita dinding dan atap rumah tradisional dalam lukisan di atas diperbuat daripada apa?

Warna rumah itu sahaja yang boleh memberikan kita idea bahawa ia rumah kayu. Tapi jika anda pernah menemui rumah sebegini, dindingnya mungkin sahaja daripada anyaman daun nipah, begitu juga atapnya.

Suasana persekitarannya cukup untuk memberitahu kita bahawa rumah ini terletak di desa. Mungkinkah rumah orang kebanyakan pada zaman melayu Melaka dahulu seperti ini?

Lukisan Rumah Kampung Negeri Sembilan

Sumber: https://it.pinterest.com/pin/381046818447153063/

Sesiapa yang berasal dari Negeri Sembilan pastinya kenal akan senibina Minangkabau yang ada pada lukisan rumah kampung di atas.

Lukisan 3D menggunakan warna air oleh pelukis Rudi Hakimi ini semakin menampakkan kemegahan rumah kampung Negeri Sembilan tersebut apabila sudut pandangannya adalah dari bawah. Ia menampakkan rumah itu besar dan tinggi.

 


20170926