Secara rasminya watak Mario dari permainan video Mario Bros diisytiharkan bukanlah seorang tukang paip.
Ia bukanlah satu kejutan kerana kelihatan watak Mario ini boleh melakukan apa sahaja.
Profile terbaru Mario menyatakan bahawa Mario adalah atlet serba boleh yang boleh sertai apa sahaja jenis sukan.
Asalnya watak Mario ini dicipta sebagai seorang tukang kayu dengan nama gelaran The Jumpman, satu watak dalam permainan video tahun 1981, Donkey Kong, yang berlatarbelakangkan kawasan pembinaan.
Donkey Kong adalah francais permainan video, yang dibintangi oleh seekor gorila bernama Donkey Kong ciptaan Shigeru Miyamoto pada tahun 1981. Francais ini terdiri daripada dua genre permainan sebelum ditambah dengan pelbagai genre. Genre permainan pertama adalah jenis teka-teki aksi atas platform skrin tunggal, yang menampilkan Donkey Kong sebagai watak lawan dalam suasana industri pembinaan. Donkey Kong dan Mario diperkenalkan dalam permainan arked tahun 1981 bertajuk Donkey Kong. Pada tahun 1994, siri ini dihidupkan kembali sebagai siri Donkey Kong Country.
Shigeru Miyamoto memaklumkan bahawa pada tahun 1983 apabila Mario Bros diperkenalkan, latar belakang permainan itu adalah di bawah tanah, jadi watak Mario disesuaikan sebagai seorang tukang paip.
Sebenarnya karekter Mario akan ditentukan oleh senario permainan video tersebut.
20170904
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.