Gambar Aina di hadapan sepanduk Welcome Group IT Offsite 2017 syarikat Mummy.
# Saturday, 28 October 2017, 12:47 # DSC_1938.JPG # Sony G3226 #
# Saturday, 28 October 2017, 12:47 # DSC_1938.JPG # Sony G3226 #
- 28 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017, Mommy ada team building di Mahkota Hotel Melaka dalam Bandaraya Melaka.
- Mommy telah sewa satu suit sebab bilik lain habis dan Mommy pun nak bawa Master dan baby Aina ikut serta.
- Mommy sibuk dengan team building.
- Master pula sibuk dengan kerja part time yang masih belum siap.
- Bayi Aina pula terpaksa tidur dan bermain sendiri sepanjang siang. Kagum juga Tedi melihatnya melayan diri sendiri.
Bayi Aina di kolam renang
Sementara menunggu Mummy selesai aktiviti team building, Master bawa Aina berjalan-jalan tengok kolam di Mahkota Hotel.
# Saturday, 28 October 2017, 18:21 # 20171028 # IMG_20171028_182114.jpg # HUAWEI H30-U10 # https://goo.gl/maps/8oFb5XxpuQ5TM7B86 #
# Saturday, 28 October 2017, 18:21 # 20171028 # IMG_20171028_182114.jpg # HUAWEI H30-U10 # https://goo.gl/maps/8oFb5XxpuQ5TM7B86 #
- Petang 28hb Oktober 2017, kerana kasihan melihatkan bayi Aina kebosanan terperap dalam bilik, Master bawa bayi Aina jalan-jalan di sekeliling hotel.
- Kelengkapan di Mahkota Hotel Melaka ini agak bagus, mempunyai kolam renang untuk kanak-kanak dan bukan kanak-kanak, ada spa, ada gelanggang tenis, ada ballroom, ada bilik hotel dan ada juga hotel apartment untuk mereka yang nak percutian bajet rendah.
- Mahkota Hotel Melaka ini layanan stafnya ada yang bagus dan ada pula yang tak senyum langsung.
- Yang bagus yang jaga parking di luar, dia siap tunjukkan Master mana nak parking kerana takut Master tak tahu mana parkir terdekat dengan bilik, padahal Master okay ja nak pergi cari sendiri, almaklumlah Master walaupun dikira sebagai tetamu atau pelanggan Melaka Hotel yang sepatutnya boleh eksyen sedikit dan demanding, tapi dengan orang tua, terasa tiada apa. Tak salah kalau nak demand sebab bukannya duduk hotel percuma, kena bayar apa?
- Suasana di dewan makan pula agak berlainan, staf yang kemas pinggan mangkuk tak reti nak senyum sampaikan Tedi terasa macam diorang tu nak Tedi cepat beredar dan jangan tambah makan berulangkali. Tak tahulah kalau polisi mereka jangan senyum? Atau gaji mereka belum masuk? Atau mereka memang tak suka senyum?
- Selain itu suasana dalam dewan makan juga terasa agak panas.
- Nasib baik juga mereka ada sediakan internet walaupun tidak selaju unifi, dan kadangkala terputus, tetapi masih membolehkan Master membuat kerjanya walaupun perlahan.
- Air panas di pancuran mandi, okay, tetapi yang di sinki macam tak menjadi. Air agak kekuningan, kalau di Kelantan pasti dah boleh masuk berita utama Malaysia, tapi di Melaka, maafkan sajalah. Nasib baik mereka ada sediakan dispenser air di luar di depan selang beberapa buah bilik.
Mommy ada dinner
- Pada malam 28 Oktober 2017 pula Mommy ada majlis makan malam bersama rakan sepejabatnya.
- Terpaksalah bayi Nor Aina tidur sendiri.
- Itu sahajalah cerita kali ini. Tedi tak mampu berfikir lagi.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.