Apa khabar semua? Mungkin kekawan semua sudah tidur tatkala Tedi baru terjaga daripada lena.
Ada dua forms yang perlu disediakan, manakala banyak forms lagi memerlukan sentuhan terakhir untuk memastikan modul kad kredit sedia untuk diuji.
Baiklah, karangan pada malam ini adalah tentang aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 21 Oktober.
Pada sebelah paginya kami ke Hari Keluarga yang dianjurkan oleh syarikat Mommy bekerja yang diadakan di Bangi Wonderland. Kami pergi sekejap sahaja kerana suasana di sana tidak sesuai untuk bawa bayi bersama.
Pada jam sebelas pagi kami bertolak pulang ke rumah kerana Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin singgah sebelum ke Majlis Konvokesyen ke-14 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya a.k.a Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin bertolak ke PICC dulu sebelum kami turuti. Kami memilih untuk bertolak selepas Zuhur, tambahan Master pun perlu sediakan pakaian untuk ke Majlis Makan Malam Tahunan yang dianjurkan oleh syarikat beliau bekerja di Nexus Bangsar South. Tema pakaian adalah Empayar Melaka 1500 di mana Master dimasukkan di bawah kategori Orang Melayu Kebanyakan.
Master memilih untuk memakai baju melayu kuning pucat, sepasang seluar putih, dan sampin kain pelikat.
Selepas Zuhur kami bergerak ke PICC tapi sebelum tu kami singgah ke kedai Nasi Berlauk AJ di Desa Pinggiran Putra untuk mengalas perut dengan hidangan di sana. Khabarnya makanan di sana lazat dan menjadi tumpuan ramai.
Selepas makan kami ke PICC di mana kami bergambar sementara Tok Mak, Tok ayah, dan Pak Teh Judin menghadiri majlis konvo di pentas utama.
Manakala bayi Aina pula merayau untuk bergambar seperti gambar di bawah ni di mana Aina bergambar dengan nama Pak Teh Judin yang ada dalam senarai graduan ke-14 UniKL MIIT.
Gambar Nor Aina bersama bala tenteranya iaitu si lion.
di bawah ni pula gambar Aina bersama sijil dan topi konvo... yeay, Aina dah konvo. Masa ni Master dah tiada kerana Master telah bergerak ke Bangsar South pada jam enam petang.
Oh ya, lupa nak cakap yang Aina dah 8 bulan.
Okaylah, Tedi tak boleh nak mengarut lama kerana ada kerja yang perlu disiapkan sementara Tedi pun nak tidur juga sejam dua jam.
20171021
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.