Terkilan juga dengar komen orang yang kritik kedai dobi di Johor yang meletakkan papan tanda Muslim Sahaja.
Pada papan tanda tersebut juga dinyatakan bahawa ia untuk menjaga kesucian pakaian yang dicuci di sana.
Tedi rasa tiada masalah sebab dah dinyatakan dengan jelas apa tujuan larangan tersebut.
Tapi ada juga yang duk hentam termasuklah ketua negeri Selatan Semenanjung Malaysia tersebut. Siap dikaitkan dengan Taliban?
Tedi tak kisahlah jika pendapatnya berbeza, seperti juga pendapat Dr. MAZA yang takut akan menjerumuskan kepada Islam sempit sedangkan Islam itu memudahkan. Nanti jadi nak basuh baju pun was was, lebih kurang begitulah maksudnya.
Perkara was-was ini adalah perkara hati bagi Tedi dan ianya akan berbeza buat setiap orang. Ada orang yang sangat was-was dan bila was-was kan dah timbul syubhat bagi dia? So, kalau dia nak pilih kepada jalan yang menenangkan hati dia tu biarkanlah. Contohnya ada orang Islam yang bila nampak kedai jual arak, dihindarkannya, manakala ada orang Islam yang selamba makan di tempat ada arak sebab katanya dia tak minum arak pun.
Hal ini adalah pilihan orang, dan jika dia nak berkongsi perkara yang sama dengan menyediakan kemudahan alternatif, biarkanlah. Kedai dia sebuah je pun.
Kalau benar-benar dia buat atas dasar agama, maka boleh aja dia kata: "agama kamu agama kamu, agama aku agama aku", kan? Maksudnya ini cara hidup yang aku pilih berdasarkan kesesuaian dengan agama aku, jadi biarkan aku menuruti cara yang aku rasakan sesuai, jika kamu berkehendak dengan cara kamu, teruskanlah.
Apakah ditakuti nanti berlaku sikap perkauman dan saling bergaduh? Tedi rasa benda kecil macam tu takkanlah nak bergaduh begitu sekali, malahan ianya jika dijelaskan dengan betul akan sebab musababnya boleh jadi satu sumber ilmu kepada bukan Islam kenapa polisi sebegitu diperkenalkan. Tetapi mungkin sahaja jawapan pemilik kedai itu pun tidak mantap dan kelihatan macam sekadar nak pertahankan diri maka ianya dengan mudah dipatahkan dan sekaligus menjadikan keadaan lebih keliru.
Tambahan pula ada orang lebih berkuasa dan lebih berilmu yang turut condemn usahanya itu.
Apa masalahnya? Kalau nak pergi dobi bukan Muslim Sahaja, banyak pilihan di luar sana. Tapi kalau nak pergi dobi Muslim Sahaja, agaknya itu sahajalah sebuah dobi seumpama itu di Malaysia?
Komen ketua negeri yang sepatutnya jadi ketua agama Islam negeri tu agak mengecewakan. Apa salahnya jika kejar kesucian? Apa salahnya tawarkan alternatif?
Jika nak main Judi, nah pihak negeri dah bagi buka kedai Judi. Jika nak minum arak, nah banyak premis yang jual arak.
Jika nak berhibur berdisco berkaraoke, nah banyak lesen sudah disediakan.
Nak buka dobi untuk Muslim Sahaja tak boleh dan teruk kena kecam? Adoi la.
Tapi itu tidak menghairankan kerana Islam itu ibarat bara api pada dunia akhir zaman ni, semakin digenggam akan semakin terasa bahangnya.
Jika diamalkan Islam, akan kelihatan janggal. Mereka yang nak lebih Islam sedikit akan dicap sebagai ekstremis atau pelampau atau pengganas atau tidak mengamalkan wasatiyah, aduh, dobi je kot?
Kepada pengusaha dobi, teruskanlah apa yang telah anda berijtihad dengannya kerana ia adalah suatu jihad. Tedi dapat rasa selepas komen ketua negeri tersebut pasti banyak tekanan akan datang terutama dari kaki jilat atau kaki ampu.
Ketika inilah orang yang tak berapa berkuasa pun akan Cuba tunjukkan kuasa, konon dia paling berjasa.
Jika benar niatnya diadakan dobi Muslim Sahaja itu, Tedi tak berasa ia adalah satu cara yang salah perlaksanaannya, kerana dobi itu dibuka sebagai alternatif kepada umat Islam yang cintakan kesucian yang wajib ada pada pakaian yang kita gunakan untuk beribadah.
20171001
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.