بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Jika anda memerlukan satu perisian untuk membandingkan kandungan dua fail teks, Notepad++ mempunyai satu plugin hebat untuknya.

Kita boleh menambah plugin tersebut dengan menggunakan Plugin Manager daripada menu Plugins. Malangnya Plugin Manager tiada dalam versi terbaru Notepad++ 7.5, tetapi kita masih boleh menambahnya ke dalam Notepad++ secara manual mengikut langkah-langkah di laman web ini.

Selain daripada Notepad++, Tedi selalu menggunakan perisian WinMerge, cuma kali ini Tedi malas nak install perisian berasingan hanya untuk membandingkan kandungan fail berbeza.

pilih plugin daripada menu Notepad++

 

Seterusnya pilih plugin Compare dan klik Install:

 

Buka kedua-dua fail yang mahu dibandingkan dalam dua tab berbeza dalam Notepad++, sebelum pilih Compare->Compare daripada menu Plugins atau melalui pintasan Alt+D:

 

Kedua-dua fail anda akan dibuka bersebelahan dengan barisan yang ada konflik akan diterangkan, anda boleh gunakan anak panah biru pada toolbar untuk bergerak di antara setiap amaran.

Terima kasih kepada technicaloverload.com untuk panduan ini.


~20170410~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih