Hari ni apa yang menjadi buah bicara ialah bagaimana Newcastle United berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang pasukan Liverpool pada malam tadi.

Newcastle United yang diurus oleh bekas pengurus Liverpool yang terkenal dengan pencapaian taktikalnya semasa peristiwa Istanbul aku datang, Rafael Benitez, telah mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 untuk menentang formasi 4-3-3 Liverpool.

Benitez juga telah memasukkan semula Jonjo Shelvey yang terbukti memberikan impak dengan hantaran jauhnya.

Liverpool menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang namun jentera serangan mereka tumpul.

Gol pertama perlawanan disumbat oleh Coutinho yang merupakan seorang pemain tengah dengan satu tendangan yang melencong melepasi jangkauan penjaga gol, Rob Elliott.

Jonjo Shelvey boleh dipersalahkan kerana membenarkan Coutinho merembat dari luar kawasan gol, tetapi mungkin Shelvey tak sangka bahawa satu rembatan jauh akan dilepaskan.

Gambar Coutinho melepaskan rembatan jarak jauh ke dalam gol Newcastle United ditonton melalui live streaming Liga Perdana England.
Gambar Coutinho melepaskan rembatan jarak jauh ke dalam gol Newcastle United ditonton melalui live streaming Liga Perdana England.

Newcastle menyamakan kedudukan apabila Shelvey menghantar bola jauh kepada Joselu, melepasi dua pemain pertahanan Liverpool yang kelihatan tergamam sebelum salah seorang daripada mereka iaitu Matip mengejar Joselu dan melakukan bentesan.

Malangnya bentesannya itu menyebabkan bola mengenai kaki Joselu sebelum membias masuk ke dalam gol. Terima kasih Matip kerana membantu Newcastle mendapatkan gol. Tedi agak sceptical dengan kemampuan Joselu untuk menjaringkan gol tanpa bantuan Matip kerana tampak dia macam teragak-agak di depan gol berhadapan penjaga gol satu lawan satu.

Tapi sebenarnya pada pendapat Tedi, barisan serangan Liverpool lah yang patut dipersalahkan kerana gagal mencuri peluang di depan gol. Banyak peluang mereka tetapi mereka gagal melakukannya.

Keputusan seri ini agak memuaskan memandangkan skuad Newcastle hanya bernilai £100 juta manakala Liverpool pula £400 juta.

Mungkin selepas ini Liverpool akan mendapati pasukan lain lebih yakin untuk bolosi gawang mereka kerana Newcastle telah tunjukkan caranya.

Manakala Newcastle pula boleh menjadikan perlawanan ini satu penanda aras untuk mempertingkatkan prestasi mereka dalam perlawanan seterusnya.

Newcastle United kini di tangga ke 9 dengan 10 mata, naik 3 anak tangga.

Liverpool pula di tangga ke 7 dengan 12 mata, turun 1 anak tangga.

20171001