بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Mohd Irsyad singgah tumpang tidur di rumah kami kerana dia akan berlepas pulang ke Kota Bharu esok pagi menaiki kapal terbang melalui penerbangan AirAsia, setelah hadir ke Shah Alam untuk meraikan majlis pertunangan sepupu perempuannya.
Ini adalah gambar bayi Nor Aina sedang duduk di pangkuan abang Irsyad, tampak janggal Irsyad kerana dia bukanlah berani dan nak sangat main dengan bayi.
Semasa ini Nor Aina berusia bulan dan foto ini ditangkap sebelum kami keluar mencari Nasi Arab di Bandar Baru Nilai.
Kedua-dua mereka sedang duduk di atas bean bag hitam dan tidak tahulah apa yang Aina sedang buat, mungkin sedang menonton BoboiBoy Galaxy gamaknya.
~20171007~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
1 Ulasan
alhamdulillah.. tq.. kalau tak meragam comel la... hihi
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.