Berikut adalah beberapa cerita pengalaman kerja di Mr D.I.Y di Malaysia oleh beberapa pekerja di sana.
1. Seronok bekerja di Mr D.I.Y
- Jawatan: juruwang (cashier), jurujual (promoter)
- Lokasi: Kota Damansara, 21 Disember 2016
- Komen:
- Walaupun tidak berapa bagus tetapi di Mr D.I.Y ada beberapa faedah.
- Para pekerja di Mr D.I.Y sangat peramah manakala penyelia (supervisor) turut banyak membantu ketika saya bekerja.
- Pihak pengurusan pula boleh dikatakan agak bagus.
- Kelebihan
- Tidak ramai pelanggan membolehkan saya melakukan perkara lain. (Tedi tak pasti jika ini adalah satu kebaikan bekerja di Mr D.I.Y, sila jangan beri komen sebegini kepada majikan anda ya...)
- Kekurangan:
- Waktu rehat yang singkat.
2. Seronok bekerja di Mr D.I.Y tetapi tiada masa untuk keluarga
- Jawatan: juruwang
- Lokasi: Giant Batu 9, 17 Julai 2017
- Komen:
- Saya gembira bekerja di Mr D.I.Y tetapi bekerja di sini tiada masa untuk keluarga.
- Kekurangan:
- Faedah kesihatan.
3. Produktif dan seronok bekerja di Mr D.I.Y
- Jawatan: Promoter
- Lokasi: Klang, 17 Januari 2017
- Komen:
- Banyak benda yang saya telah pelajari semasa bekerja di Mr D.I.Y.
- Saya belajar bagaimana untuk sediakan akaun stok (stocktake), bagaimana tingkatkan kemahiran berkomunikasi untuk jual produk.
- Pengalaman paling sukar untuk saya cuma syarikat ini adalah syarikat pertama saya bekerja, jadi saya perlu pelajari banyak benda. Saya tiada pengetahuan tentang kerja jadi saya belajar satu demi satu.
- Perkara yang paling menyeronokkan ketika bekerja syarikat Mr D.I.Y ialah saya boleh pertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bersama kawan sekerja dan juga pelanggan.
- Kebanyakan pelanggan saya berbangsa Cina jadi saya perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mereka.
- Saya telah dipilih sebagai pekerja terbaik di seluruh cawangan Mr D.I.Y. Saya juga telah ditawarkan jawatan sebagai penyelia (supervisor) di cawangan lain tetapi saya terpaksa menolaknya untuk menyambung pelajaran di Astin College dalam Diploma Pengurusan. Itu sajalah sebab saya berhenti kerja di Mr D.I.Y.
- Kelebihan:
- Meningkatkan kemahiran komunikasi.
4. Tempat kerja yang menyeronokkan
- Jawatan: Promoter
- Lokasi: M04, 11 Oktober 2015
- Komen:
- Saya seronok bekerja di Mr D.I.Y kerana ada kawan yang peramah dan pengurusan yang baik.
- Saya juga dapat banyak pengalaman bekerja sebagai promoter.
- Tidak mudah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli sesuatu produk, tetapi saya mengambilnya sebagai satu cabaran.
- Ia membantu saya untuk yakin dan kuat dalam menempuhi cabaran masa depan.
5. Tempat yang bagus untuk menimba pengalaman
- Jawatan: store assistant (pembantu stor)
- Komen:
- Sentiasa berfikiran positif untuk kita memahami kehendak pelanggan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
- Kelebihan bekerja di Mr DIY
- Saya belajar perkara-perkara baru dari seperti bagaimana menyusun stor dan menyelia bekalan dengan lebih baik.
- Saya juga dapat meningkatkan kemahiran IT saya dengan menggunakan komputer untuk aktiviti melibatkan pengurusan stor.
- Cabaran
- Terdapat barang-barang yang berat.
- Perbezaan pendapat di antara satu sama lain (yang mana Tedi rasa terdapat di mana-mana).
Kiriman ini adalah hasil kajian Tedi mengenai pengalaman bekerja di Mr DIY sebuah syarikat menjual barangan hardware DIY di Malaysia. Tedi selalu juga beli barangan di Mr DIY ini tetapi nak kena berhati-hati juga kerana adakalanya mutu barangan di sini tidak bagus, tidak berbaloi walaupun harganya murah. Tidak berbaloi kerana mungkin ia tidak berguna dan mungkin juga ia mendatangkan kesan yang tidak diingini. Walau bagaimana pun tak salah untuk cuba cari kerja di Mr. DIY ini kan?
Tedi ada iklankan beberapa iklan jawatan kosong yang berkaitan dengan Mr. DIY seperti dalam kiriman di Kerja Kosong di sekeliling Tedi.
13 Ulasan
Hana pernah kerja sebagai
BalasPadampromoter
-penat tak boleh duduk
-bergaul dengan pelbagai ragam pelangan
-Nak kena cari barang yang diminta pelanggan
juruwang
- dapat duduk kalau xda orang
- Gaji tinggi sikit berbanding promoter
- banyak risiko duit short n extra
- layankan pelanggan nak plastik extra T_T
- angkat benda berat untuk scan like beras, minyak masak belum termasuk yang beli borong T_T
apa2 pun semua tu penglaman yang mematangkan kita kan :)
dan mungkin akan menjadi sesuatu yang bakal membuat kita tersenyum pada suatu masa nanti...
Padamkalau kerja asisstant store
PadamTedi dah masukkan pengalaman sebagai assistant store
PadamInterview tanya apa ye?
Padamjawatan kosong,pembantu stor dan oku/bisu org pendengaran blh x?
BalasPadamshaimi
Ya Mr. DIY menggalakkan golongan orang kurang upaya (OKU) memohon untuk bekerja dengan mereka. Tidak pasti apa jawatan yang disediakan. Boleh ke laman web mereka di https://www.mrdiy.com/career/.
PadamKerja kat mr DIY berapa hari seminggu kerja?
BalasPadamada yang kata kerja di MR DIY 6 hari seminggu, manakala ada yang kata 4 hari seminggu dengan 3 jenis penggiliran iaitu giliran penuh (10 pagi - 10 malam), giliran pagi (10 pagi - 7 malam), dan giliran petang.
PadamApa skop kerja penyelia kat mr.diy ni? Dan adakah mesti berpengalaman kerja bwhn kt mr.diy dlu atau boleh je terus apply? Mohon pencerahan soalan2 sya. Tq <3
BalasPadamboleh rujuk https://www.mrdiy.com/career/assistant-supervisor-supervisor
PadamBoleh terus apply tak perlu kerja dari bawah malahan pengalaman akan menjadi kelebihan. Selamat mencuba.
Keperluan Kerja:
SPM, Diploma atau Ijazah dalam apa jua bidang
Kemahiran komunikasi yang baik
Kemahiran kepimpinan yang baik
Pengalaman dalam operasi store akan menjadi kelebihan
Mempunyai pengangkutan sendiri
Baik dalam pengurusan masa
Bersedia untuk mempelajari kemahiran baru
Sanggup bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum
Saya minta part time..leh saya tahu byrn gaji by hari or bulan
BalasPadamHarap maaf, Tedi tiada maklumat tersebut. Lebih baik bertanya semasa sesi temuduga nampak juga kesungguhan kita bertanya.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.