Master membawa Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM ke bengkel kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk diperiksa.
Ini adalah kerana komen Tok Abah yang menyatakan clutch kereta itu nak habis kerana kereta Proton SAGA BLM manual transmission tu dikatakan asyik melompat ketika masuk gear.
Master rasa okay aja klac kereta manual tu cuma kadangkala melompat jugalah semasa dalam kesesakan lalu lintas.
Oleh kerana 5 Oktober nanti kereta SAGA BLM tu akan dipinjamkan kepada Pak Long yang ada urusan di Kuala Lumpur selama seminggu, Master mengambil inisiatif untuk memeriksa keadaan klac kereta tersebut.
Mekanik kata kena tukar klac tapi entah kenapa Master macam tak yakin dengan jawapannya sebab yang memeriksa kereta Master tu macam tak yakin. Ketuanya pula hanya dengar ulasan mekanik tu tanpa memandu uji kereta Proton SAGA BLM kami itu.
Kos untuk tukar klac kereta Proton SAGA BLM manual adalah RM 800 lebih kata tuan bengkel tersebut.
Master pantas meminta pendapat Pak Lang Epul yang berjanji akan datang ke rumah kami untuk memeriksa kereta Proton SAGA BLM tersebut.
Malamnya Pak Long Epul datang bersama Irfan dan Mak Lang Yan.
Setelah diperiksa, Pak Lang Epul kata tak perlu ditukar klac. Dia tolong adjust klac kereta tersebut supaya lebih tinggi kerana katanya klac kereta Proton SAGA BLM tersebut telah diset rendah.
Selain itu Master ajar Master untuk sembur pelincir kepada klac di enjin supaya dapat licinkan klac tersebut.
Tengok dulu bagaimana, harapnya tak perlulah tukar klac.
20170930
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.