بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford.

Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol.

Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.

gambar menunjukkan formasi 5-3-2 menyerang yang digunakan dalam Top Eleven.

 

Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh.

Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lalu menggunakannya dengan baik.

Serangan balas Watford adalah menggunakan formasi serangan 4-2-4, satu formasi yang pelik tapi menjadi.

Mereka hanya perlukan dua pemain tengah sebab mereka gunakan counter attack di mana bola dihantar terus ke atas.

4 penyerang menyebabkan pertahanan Newcastle kucar kacir kerana selalunya hanya dua defender tinggal di bawah.

Tedi tension bagaimana formasi 5-3-2 Watford itu begitu berjaya sehingga kalahkan Newcastle 3-0.

Mungkin Tedi akan tiru formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford ini dalam Winning Eleven, Football Manager, dan juga Top Eleven pada suatu masa nanti.


~20171130~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih