Ramai pula yang bertanyakan maksud nama Nor Aina, jadi Tedi saja selit dalam karangan kali ini sekadar untuk celoteh kongsi pengetahuan am.

Maksud perkataan Nor dan Aina:

    • Nor atau Nur
      • perkataan daripada Bahasa Arab yang bermaksud "cahaya".
    • Aina
      • jika disebut atau dieja menggunakan huruf alif, membawa maksud "mana".
      • Contohnya "min aina" bermaksud "dari mana".
Huruf ain dalam tulisan jawi atau arab. Gambar di atas adalah khat nasakh.
  • 'Ain atau A'in:
    • sebutan menggunakan huruf 'ain membawa maksud "mata".
  • 'Aina atau A'ina:
    •  sambungan "na" di belakang membawa maksud "kami".
    • contohnya:
      • "robbuna" bermaksud "Tuhan kami
      • "'alaina" bermaksud "atas kami"
  • 'Aini atau A'ini:
    • sambungan "i" di belakang membawa maksud "saya"
    • contohnya:
      • "robbi" bermaksud "Tuhanku"
      • "madrasati" bermaksud "sekolah saya".

Sambungan Nor, 'Ain dan Na:

  •  Jadi maksud nama penuh Nor 'Aina atau Nur 'Aina ialah "cahaya mata kami"
  • Jika nama dieja Aina pun tidak mengapalah asalkan kita sebut dengan makhraj huruf ain.

 

Contoh nama Aina:     

Berikut adalah beberapa nama popular yang digunakan bersama nama Nor Aina.

  • Nor Aina Safiya
  • Nur Amalia Aina Zahirah
  • Nor Aina Syazwani
  • Nur Aina Aqilah
  • Nur Aina Natasha
  • Nur Aina Alisha
  • Nur Aina Syakirah
  • Nur Aina Nabila
  • Nur Aina Batrisyia
  • Nur Aina Safiyyah