Kereta VW yang paling bermasalah di kalangan pemilik kereta VW adalah kereta VW Jetta.
Namun ia diekori rapat oleh Volkswagen Polo, walaupun kereta VW Polo telah dipilih sebagai kereta terbaik dunia pada tahun 2010 (World Car of the Year).
Semua pemilik kereta VW Polo Tak kiralah sama ada edisi lama 6n Polo atau 9N3 Polo classic 1.6 atau 2.0L Highline, atau kereta terbaru Polo Vivo 1.4 Trendline, atau kereta hatchback 1.4TDI Highline atau kereta sedan 1.5TDI Comfortline, atau kereta hatchback 1.2TSI Highline, atau Polo BlueMotion atau Polo GTI, atau CrossPolo, juga Polo 6R, sama ada kereta manual atau auto, pemilik kereta VW Polo akan mengalami sebahagian atau kesemua masalah yang akan Tedi senaraikan di bawah pada satu masa atau ia akan berturutan dari satu masalah ke masalah yang lain.
Seorang pemilik VW Polo 2.0L Highline secara peribadi telah mengakui mengalami kebanyakan masalah tersebut dan dia mengatakannya adalah satu masalah biasa kerana dia telah menemui ramai pemilik kereta VW Polo dengan pengalaman menghadapi masalah yang sama.
Bahkan ada pemilik VW Polo yang menyatakan bahawa kereta itu tidak boleh diharap dan mereka menyesal kerana tidak memilih kereta buatan Jepun.
Bagi para peminat kereta tentu faham bahawa kereta Jepun selalu dipandang koman berbanding kereta buatan Eropah, tetapi rakyat Malaysia mungkin sudah berbangga jika dapat beli kereta Jepun disebabkan harga kereta yang mahal di Malaysia.
Di antara rungutan pemilik kereta VW Polo adalah harga pembaikan yang mahal untuk masalah-masalah yang sepatutnya tidak menghantui kereta baru, ditambah dengan khidmat pelanggan VW yang teruk. Pemilik kereta VW Polo yang mengalami masalah sedemikian akan menasihatkan bakal pembeli, jangan beli kereta Volkswagen.
Inilah rungutan beberapa pembeli yang berkongsi pengalaman pakai VW Polo.
Kabin bising
Kadar kebisingan yang masuk ke dalam kabin adalah melebihi tahap biasa.
Getah pintu tidak melekap dengan baik sekaligus membenarkan kebisingan jalan memasuki kabin.
Hal ini telah disahkan oleh kemasukan titisan air ke panel pintu bila hujan.
Bila pintu belakang dibuka tampak ruang udara sekitar 5mm di antara B-post dan getah pintu.
Bunyi Siulan dari Kotak Gear
Ada masanya bunyi siulan kedengaran daripada kotak gear apabila memecut. Pemilik VW Polo yang mengadukan masalah tersebut hanya menerima jawapan, "tiada masalah dengan gearbox, bunyi itu normal pada semua Polo".
seorang kawan yang memiliki Polo Vivo 1.4 Trendline tahun 2011 juga menyatakan bahawa kebisingan dalam kabin semakin teruk apabila memandu pada kelajuan lebih 100 km sejam. dia telah menggantikan kedua-dua belah bearing tayar depan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah tersebut.
Pusat khidmat VW menyatakan ia hanya memerlukan balancing dan alignment tayar.
Fabrik Interior Kabin Terlerai
seorang pembeli pula mendapati bahawa fabrik interior kabin kereta Polo Highline tahun 2007 miliknya terpisah daripada bumbung dan tergantung seolah telah diisi air.
Dia tidak begitu terkesan berbanding jirannya yang memiliki VW Polo Vivo 1.4 Trendline tahun 2011.
Lampu Beg Udara Menyala
Salah satu masalah yang melanda VW adalah lampu isyarat beg udara rosak yang sentiasa menyala. Ia tidak boleh dimatikan. Satu cara membaikinya adalah dengan menggantikan beg udara.
Masalah itu pada asalnya terjadi pada VW Jetta tahun 2006 apabila menghampiri 160000 kilometer perbatuan. Entah bagaimana masalah ini turut menjangkiti VW Polo.
Ignition Coil Tidak Berfungsi
Ini juga salah satu masalah Jetta yang menjangkiti Vw Polo yang berlaku setelah 120000 kilometer perbatuan. Ia akan rosak secara tiba-tiba dan apabila ia berlaku kereta anda akan bergegar seperti mesin basuh dalam mod spin dry.
Lampu Check Engine dan EPC menyala
Masalah ini berlaku apabila anda memperlahankan kenderaan, atau memandu perlahan, atau ketika anda menghidupkan enjin pada waktu pagi.
Sepatutnya lampu EPC menyala ketika swa-uji 3 saat ketika enjin dihidupkan tetapi sepatutnya ia padam selepas enjin hidup.
Masalah Pendawaian
Terdapat masalah pendawaian terutamanya pada pintu, sistem penggera, dan DSG gearbox.
Penyambung lampu depan cenderung untuk cair akibat haba daripada cahaya lampu dan sambungan menjadi terputus-putus sehinggakan ada masanya lampu akan mati dan hidup ketika memandu.
Coolant Bocor
Masalah coolant bocor dari bawah water pump atau paip besi hitam yang terletak di kedua-dua sisi enjin. Sama ada pam air tersebut perlu digantikan atau paip itu yang perlu ditukar.
20171129
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.