Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan.
Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara.
Kambing Bakar atau Kambing Grill
Kambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut.
Aiskrim Gulung
Memang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula.
Thailand-Malaysia Food Fest
Pesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan.
Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan.
Somtam dan Tom Yam
Ais Cream Kelapa Original Thailand
Pelbagai Jenis Kerabu
Orang Thailand memang popular dengan pelbagai jenis kerabu. Paling pelik Tedi jumpa di sana adalah kerabu kaki ayam. tengok saja gambar di bawah kanan.
Sotong Bakar
Kerabu Maggie
Inilah yang menjadi bintang di Pesta Makanan Thailan Malaysia ni di mana ramai manusia sanggup beratur untuk mendapatkan Kerabu Maggie.
Ada banyak gerai yang jual makanan sebegini di sana tetapi gerai inilah yang paling mendapat tumpuan.
Kami dah cuba Kerabu Maggie daripada gerai ini, memang sedap.
Pulut Mangga dan Pulut Durian
Espokat
Espokat adalah minuman kisaran ais (ice blended) buah alvocado. Ia juga dikenali sebagai Jus Alpukat di Indonesia. Espokat mungkin terdiri daripada dua perkataan iaitu Es (ais) dan Pokat (buah alvo cado).
Espokat yang terdapat di sana adalah Espokat Kocok, Espokat Float, Espokat Mango, Espokat Carrot di samping espokat biasa seperti Espokat Coklat dan Esokat Milo.
Cucuk
Laksa Ikan, Udang dan Ketam Seekor
wow, ada juga laksa dengan seekor ikan, udang, dan ketam di dalamnya? Laksa Ketam Sekoq adalah yang paling menarik perhatian Tedi.
Nor Aina sembilan bulan
Ketika ini Nor Aina hanyalah seorang bayi perempuan berumur 9 bulan (sembilan bulan).
Kejadian berlaku pada 19 November 2017 (20171119), iaitu hari Ahad.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.