Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami sekeluarga makan malam di Restoran Warisan Kak Wok.
Tadi kami singgah di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil yang terletak di Cyber Valley Commercial Center.
Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong atau Jalan Pintasan Dengkil dan boleh dilihat dari flyover, namun tidak berapa kelihatan. Ia terletak di sebelah Hotel Sepang. Itupun Mommy yang ternampak Restoran warisan Kak Wok ni sekaligus memasukkannya ke dalam senarai kedai makan Nasi Kak Wok yang harus dikunjungi.
Nak ke Restoran Warisan Kak Wok ini pun memerlukan sedikit usaha untuk masuk ke jalan ke Dengkil sebelum ke Cyber Valley Commercial Center. Dari jalan Dengkil ini ia tidak kelihatan kerana ia terletak di sebelah belakang.
Tedi boleh katakan kawasannya tidak strategik sebab di belakang namun ia sebenarnya di sebelah Jalan Pintasan Dengkil cuma jalan masuk ke sana sahaja tiada. Master tadi pun melakukan pusingan U di hadapan simpang UITM Dengkil untuk ke Cyber Valley Commercial Center.
Masa beroperasi dikatakan dari jam 7 pagi ke 7 malam, Google kata 8 pagi ke 8 malam, tapi ketika kami makan ni pada jam hampir 10 malam belum ditutup lagi tapi sudah mula berkemas.
Tedi akan kongsikan lokasi dalam Google Map di penghujung karangan ini nanti.
Review Restoran Warisan Kak Wok
Ini adalah pandangan orang ramai yang ke sini dengan penarafan 3.7 bintang:
- Sedap dan murah. Prefer double chicken chop.
- Nasi lemak terbaik.
- Makanan murah.
- Okay la...
- Sedapnya boh.
- dah tak berapa sedap dah.
- Satu bungkus tak cukup. Nasi dan ayam panas.
- Biasa-biasa sahaja... kuah cair.
- Ayam goreng yang lazat.
- Sedap
Suasana di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya Dengkil
- Suasananya agak bagus dengan penggunaan warna dinding terang dan penerapan pelabelan dan pengiklanan moden dalam kedai.
- Terdapat label-label yang menunjukkan Restoran Warisan Kak Wok ni cuba menerapkan amalan 5S, tapi melihatkan kepada stok-stok yang turut berkongsi ruang dengan ruang pelanggan menjamu selera, mungkin Tedi boleh katakan ia hangat-hangat tahi ayam sahaja.
- Suasana kedai agak bersih, cuma Mommy tak sanggup meletakkan Aina di atas kerusi budak kerana kelihatan cemar.
- Semasa kami di sini, tidak kelihatan ada ramai pelanggan. Tak tahulah mungkin ramai pada waktu siang?
- Ada meja disediakan di dalam dan di luar kedai untuk para pengunjung duduk semasa menjamu selera
Menu juadah di Restoran Warisan Kak Wok
- Selain juadah utama Nasi Kak Wok, mereka juga ada sediakan pilihan masakan panas dan juga masakan ala-barat.
- Mereka ada menu Roti Titab, tapi Tedi tak tanya jika mereka ada jual tak.
- Ada juga Meat Ball, Chicken Chop, Spageti dan lain-lain.
- Tadi kami makan nasi Kak Wok dua bungkus, meatball biasa satu set, dan minum 2 gelas air suam Coway, kesemuanya memakan jumlah RM 16.00.
- Harga bebola daging biasa adalah RM 5, dan Nasi Kak Wok dua bungkus RM 11.
Gambar bebola daging biasa. Sedap, terasa lembunya tapi bukan rasa yang tak menyenangkan, kurang sikit rasanya berbanding meatball IKEA. Sosnya pun.
Happy pula si baby Aina ni semasa di Restoran Warisan Kak Wok. Nak letak atas baby chair macam tak sanggup pula melihatkan rupanya.
Antara juadah lain yang dijual di Restoran Warisan Kak Wok adalah seperti Hash Brown, Cheezy Wedges dan Roti Titab.
Restoran Warisan Kak Wok ini terletak bersebelahan Hotel Sepang. Katanya ia adalah pewaris resepi Nasi Kak Wok yang original. Almaklum sajalah, banyak sangat Nasi Kak Wok atau Nasi Ala Kak Wok di bumi Malaysia ni.
Nasi Kak Wok biasa RM 5.50 dan Nasi Kak Wok Extra RM 8.00.
Rupa Nasi Kak Wok di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil. Dia punya nasi okay, gulai okay, ayam goreng pun okay, sambal ja kurang, so takde kick lah semasa makan Nasi Kak Wok ni.
Lokasi Restoran Warisan Kak Wok
Sesiapa yang hendak ke sini bolehlah menggunakan peta di bawah.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.