Wow!!!
Sambil kelip-kelip mata sikit jangan nampak ada air mata... Hihihi..
Ini Kali kedua Tedi tonton filem Syurga Yang Tidak Dirindukan. Tedi tak pernah rasa filem ni adalah sebuah filem sedih.
Tapi tadi pada part si Nadia anak Patresya buat persembahan barulah Tedi perasan dalam persembahannya itu ada satu mesej yang sangat mendalam dan mengusik perasaan Tedi.
Dia kata bahawa di dunia ini tiada pari-pari baik atau pari-pari jahat. Yang jahat adalah kita kerana kita asyik dalam kebahagiaan sehingga kita tak perasan penderitaan orang lain. Penderitaan mereka itu membuat mereka menjadi jahat. Jika kita saling membahagiakan nescaya tiada kejahatan di dunia ini.
Pari-pari : dewa atau roh perempuan yang elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Ayatnya itu sungguh dongeng sebab tajuk persembahannya itu ialah Dongeng Madani. Tetapi ia ada kebenarannya.
Tekanan hidup mungkin akan memaksa seseorang untuk melanggar perintah Allah, seperti kata orang tua-tua, tergadai agama kerana kemiskinan. Namun apakah yang menyebabkan desakan hidup tersebut? Adakah sikap tidak peduli kita yang menyebabkannya?
Orang kata kalau kita rasa kita susah, ada orang yang lebih susah berbanding kita, jadi jangan selalu mendongak ke langit sebaliknya rajinkanlah juga tunduk melihat bumi.
Kita mungkin perlukan RM 50 untuk topup telefon, sedangkan nilai yang sama mungkin boleh mengisi perut satu keluarga selama seminggu.
Master pernah diberi RM 20 oleh Mak Su yang keluarganya susah, dan pada hari ini, tiada nilai yang dirasakan mampu membalas nilai RM 20 itu. Apabila anak-anak Mak Su memerlukan bantuan dan sokongan, di manakah Master?
Seperti kata Nadia dalam persembahnannya yang bertajuk Dongeng Madani itu, kita sombong dalam kebahagiaan kita sehingga kita tak pernah merasakan keperitan orang lain.
Apabila merenungkan hakikat tersebut, membuatkan Tedi kagum dan ucapkan syabas kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja sukarela. Moga usaha mereka dirahmati Allah.
20171111
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.