Gambar kenderaan di lebuhraya, logo Prolintas, dan papan tanda SmartTAG dan RFID TAG.
Gambar kenderaan di lebuhraya, logo Prolintas, dan papan tanda SmartTAG dan RFID TAG.

 

  • Mungkin kawan-kawan pernah terserempak dengan papan tanda terbaru RFID TAG seperti dalam gambar di atas.
  • Font nya memang susah nak baca jadi memang tak ramai tahu ia dibaca sebagai RFID bukannya RED, REID, RAID.
  • Tedi tertanya-tanya apakah benda alah RFID TAG tersebut? Jadi setelah melakukan kaji selidik melalui Google, Tedi mendapati bahawa
    1. RFID TAG adalah satu projek untuk menggunakan teknologi RFID dalam urusan pembayaran tol di Malaysia.
    2. RFID adalah singkatan kepada Radio Frequency Identification (Pengenalan Frekuensi Radio) yang menggunakan medan elektronik untuk membaca penanda (tag) khas yang dilekatkan pada sesuatu objek.
    3. Teknologi ini sepatutnya lebih pantas dan lebih murah berbanding teknologi sedia ada, tapi tak tahulah sama ada ia akan menjadi mahal di bumi Malaysia ni?
    4. RFID TAG itu boleh dilekatkan di cermin kereta, atau pada lampu hadapan, tertakluk kepada penyedia sticker RFID tersebut.
  • Apakah itu lorong RFID TAG?
    • Lorong RFID TAG seperti dalam gambar di atas adalah lorong khusus yang digunakan untuk menguji RFID TAG pada masa ini.
  • Bolehkah guna kad TNG biasa di lorong RFID TAG?
    • Boleh, jika lorong itu adalah lorong TNG, jangan pula masuk lorong SmartTAG.
    • Buat masa sekarang kebanyakan lorong RFID TAG berkongsi dengan lorong SmartTAG kerana secara teorinya lorong SmartTAG adalah lebih lancar trafiknya.
    • Tertakluk kepada syarikat pengendali lebuhraya, ada yang sediakan lorong khusus untuk RFID TAG tetapi selalunya tiada lorong khusus kerana penggunaannya belum meluas.
  • Di mana boleh beli RFID TAG?
    • Pada peringkat awal pelaksanaan penggunaan RFID TAG, produk TNG RFID TAG itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan yang ada pelekat khusus RFID TAG untuk kenderaan yang dikecualikan tol. Kenderaan dikecualikan tol adalah seperti ambulans, kereta polis dan sebagainya.
    • Kemudian TNG mula memberikan RFID TAG percuma kepada para pelanggan yang mendaftar untuk menjadi pengguna awal (pilot).
    • Pada tahun 2020, pelanggan boleh membeli RFID TAG melalui portal atas talian seperti Lazada dan memasangnya sendiri pada kenderaan mereka.
  • Bila boleh guna RFID TAG?
    • Kerajaan sasarkan pada tahun 2018.
    • Namun pada tahun 2020 projek tersebut masih tidak meluas mungkin kerana masalah perubahan kerajaan atau mungkin juga ada masalah politik atau mungkin juga kerana ancaman wabak Covid-19 yang mula melanda Malaysia pada akhir tahun 2019.
Gambar kit RFID TAG yang dipelopori oleh Touch 'n Go
Gambar contoh RFID TAG untuk kenderaan berkecuali (exempted vehicle) seperti ambulans atau kenderaan Polis di-Raja Malaysia.

 

Perbezaan RFID TAG dan Kad Touch 'n Go

  1. Duit tidak disimpan dalam tag sebaliknya disimpan dalam akaun TNG e-Wallet. Tidak seperti kad TNG yang jumlah duit disimpan dalam kad.
  2. Oleh itu pengguna boleh tambah nilai secara atas talian (online).
  3. Pengguna perlu mendaftar akaun TNG e-Wallet jika mahu menggunakan perkhidmatan ini.