Terima kasih Assistant kerana sediakan animasi kali ini.
Ini adalah gambar Nor Aina sedang menunggu Mommy habis solat jamak takhir Isya dan Maghrib sejurus sahaja kami mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dari Kuching, Sarawak, Malaysia. Jika tak silap ini adalah di balai kutipan bagasi di mana terdapat surau kecil di sana.
Pada ketika ini Aina memakai jaket atau sweater berwarna ungu dengan hud kepala.
Kemaskini: setelah berfikir panjang, Tedi tambah beberapa gambar dalam kiriman ini yang merakamkan perjalanan kami dari KLIA ke Salak Tinggi. Walaupun jaraknya dekat, namun ia adalah kembara yang agak panjang. Apa-apapun, biarlah kali ini gambar yang berbicara.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Sony D2533 ƒ/2.2973967 1/12 2.87 mm ISO700
tempat ambil wudhu di surau di balai kutipan bagasi KLIA
Gambar Aina dalam kereta bayi dalam keretapi laju ERL dari KLIA ke Salak Tinggi.
SONY ILCE-5000 ƒ/3.5 1/80 16 mm ISO3200
Tiba di Stesen ERL Salak Tinggi
Tiba di Stesen ERL Salak Tinggi dari Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Gambar dua orang wanita sedang menunggu tren di Stesen ERL Salak Tinggi di Kota Warisan.
SONY ILCE-5000
Gambar dua buah kiosk tiket ERL. Jimat 10% apabila beli tiket di kiosk.
SONY ILCE-5000 ƒ/4 1/160 16 mm ISO2000
Memanaskan Enjin Kereta
Gambar dashboard Proton Saga BLM, masa untuk panaskan enjin dan balik.
Gambar terakhir dalam perjalanan pulang dari Kuching ke Salak Tinggi.
SONY ILCE-5000 ƒ/3.5 1/15 16 mm ISO3200
Itu sahaja buat masa ini. Siri kembara ke Kuching di Sarawak di Malaysia ini masih belum habis dan akan Tedi kemaskini apabila ada tenaga dan masa.
Almaklumlah bukan senang nak pilih gambar, edit gambar, upload gambar, kemudian taip teks menceritakan apa memori kita dalam gambar tersebut. Tak mudah, tapi apabila Tedi membacanya pada kemudian hari, Tedi akan berasa puas dan menyesal sebab ada banyak gambar yang Tedi tak ceritakan.
Seperti biasa, Tedi memohon jasa baik kawan-kawan untuk melawat sebarang iklan di laman ini, selalunya di hujung bawah laman. Mana tahu boleh buat bayar susu Aina. Aamiin.
Terima kasih. Alhamdulillah. Wallahu'alam.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.