Diari ringkas penerbangan ke Kuching di Sarawak di Malaysia yang menceritakan pengalaman kami bermula dengan bergerak dari rumah, letak kereta di Stesen ERL Salak Tinggi, pengalaman menaiki ERL, berlepas dari KLIA, pengalaman dalam kapal terbang MAS, dan mendarat di Kuching.

Seksyen: Kembara BermulaTerlepas Tren ERLMenaiki ERLDaftar Masuk di Kaunter KLIAWaktu Menaiki Kapal TerbangMakanan Disediakan dalam Kapal Terbang Rupa-rupanya, dan Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak.

 

Kembara Bermula

4:30 pagi

Bergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana sebelum menaiki tren ERL ke stesen KLIA.

Kembara menaiki tren berkelajuan tinggi dari ERL Salak Tinggi ke KLIA adalah pilihan terbaik buat kami berbanding parking kereta di KLIA kerana kadar bayaran harga parking KLIA adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan kos letak kereta di ERL Salak Tinggi dan menaiki ERL.

Cuma jika semasa pulang dan tiba-tiba anda malas nak naik ERL, harus diingat bahawa tambang teksi dari KLIA ke ERL Salak Tinggi adalah sangat mahal berbanding dengan jaraknya tak sampai 20 kilometer. Maaf pemandu teksi, tetapi sebagai pengguna Tedi harus ingatkan pengguna yang lain juga agar mereka tidak marah-marah di belakang hari.

Di Stesen ERL Salak Tinggi ni ada tempat letak kereta terbuka dan berbumbung (bangunan). Master selalu pilih yang terbuka kerana hendak cepat dan boleh terus nampak jika ada kekosongan, tetapi jika letak kereta dalam bangunan kita kena naik satu tingkat ke satu tingkat untuk cari petak letak kereta yang kosong. Tambahan ada pula tempat letak kereta rizab khusus untuk pemegang pas bulanan atau kakitangan (tak ingat kakitangan syarikat mana), jadi kita mungkin kena naik ke tingkat-tingat teratas baru berjumpa petak letak kereta yang kosong.

Jika ada banyak masa, boleh sahaja masuk ke parking berbumbung.

Kita boleh bayar parking guna Touch 'n Go tetapi cara bayar parking guna Touch n Go ni harus beringat bahawa anda kena simpan kad Touch 'n Go tu dan jangan digunakan di tempat letak kereta yang lain atau anda bakal didenda (palang tidak terbuka) kerana maklumat parking di Stesen ERL Salak Tinggi akan dipadamkan oleh tempat letak kereta terakhir.

Agak leceh bukan? Kena beringat dan simpan kad Touch 'n Go itu berasingan. Bayangkan jika anda sampai dari lapangan terbang pada lewat malam, keletihan, dan hanya mahu menaiki kereta pulang ke rumah, tiba-tiba tidak boleh lepas keluar parking, nak kena cari kakitangan bertugas pula yang mengikut pengalaman kami, agak sukar untuk ditemui pada masa seperti itu.

 

Terlepas Tren ERL

5:00 pagi

Tiba di Stesen ERL Salak Tinggi, tetapi kami terlepas keretapi jam 5:00 pagi. Terpaksa tunggu tren seterusnya jam 5:25 pagi.

Sepatutnya kami tiba di KLIA pada jam 5:00 pagi untuk daftar masuk.

Kami menunggu di Platform 4 untuk naik tren ke KLIA. Di platform ini juga orang ramai menanti tren ke KLIA 2.

Master sempat topup kad Touch 'n Go di kiosk layan diri yang disediakan di Stesen ERL Salak Tinggi.

Di hadapan Stesen ERL Salak Tinggi ni dah ada Le Park Sunsuria City Kota Warisan. Tak tahulah apa benda Le Park ni, mungkin ia Taman untuk orang melepak?

Di Stesen ERL Salak Tinggi ni turut ada pusat kongsi basikal Sunsuria.

 

Menaiki ERL

5:25 pagi

Tren sampai. Stroller Aina sangkut semasa memasuki tren kerana ada ruang antara platform dan tren.

Nasib baik ada pakcik yang telah membantu Mummy angkat stroller Nor Aina masuk ke dalam tren memandangkan pada masa itu tangan Master penuh dengan beg.

 

Daftar Masuk di Kaunter KLIA

5:48 pagi

Kami daftar masuk di kaunter. Terpaksa check in di kaunter sebab ada baby.

Jika tidak, boleh check in guna website atau self check in kiosk.

 

Waktu Menaiki Kapal Terbang

06:26 pagi

Master menunggu dalam Balai Berlepas, sementara Mommy pergi ke surau untuk tunaikan solat fardhu Subuh. Master dah pergi sebelumnya. Surau lelaki ada sebuah dan terletak agak jauh pula iaitu berhampiran Marrybrown.

Surau perempuan pula ada tiga buah dan terletak agak berdekatan dengan Balai Berlepas.

Logik juga sebab lelaki mungkin kurang masalah untuk berjalan jauh manakala perempuan lebih bermasalah untuk jalan jauh (kecuali dalam shopping complex).

Master duduk di priority seating di hadapan sebelum uncle yang jaga Balai Berlepas ni bagi sticker untuk claim stroller nanti. Sticker itu ditampal pada boarding pass si baby Aina.

Nor Aina sudah lama terlelap. Tedi pula rasa agak lapar. Minta-minta MAS sediakan kacang atau kudapan untuk kami.

Flight MH 2542 ke Kuching dijadualkan berlepas pada jam 07:10 pagi dan boarding time pada 06:40 pagi.

Boarding time ialah masa kita diizinkan memasuki kapal terbang.

 

Makanan Disediakan dalam Kapal Terbang Rupa-rupanya

Rupa-rupanya dalam flight MAS kita diberikan makanan. Tak macam AirAsia yang kita kena beli.

Bila pramugara tu tawarkan minuman, Master dengan Mommy mula-mula menolak, sebab ingatkan kena bayar, tapi disebabkan cara pramugara tu tanya macam bermaksud, "betul ka tak nak ni?"

Master terima juga pada akhirnya, free aja rupanya, hihihi... Percuma tu maksudnya kita tak payah bayar asing, semuanya mungkin dah termasuk dalam tambang kapal terbang Malaysia Airlines System (MAS).

 

Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak

Mendarat di Kuching Sarawak
Gambar Kuching International Airport (KIA) yang menyambut ketibaan para penumpang kapal terbang ke bumi Kuching Sarawak. Gambar terawal menunjukkan kapal terbang mendarat sekitar jam 8:42 pagi.
# Saturday, 16 December 2017, 08:59 # 20171216 # DSC_2766 # Sony G3226 #

09:10

Sasaran utama kami para penumpang kapal terbang selepas mendarat adalah tandas. Malangnya tandas di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ini jauh ke hujung.

Teringat Tedi tentang Lapangan Terbang di Thailand yang mana para penumpang disambut oleh deretan tandas-tandas di koridor menuju ke Balai Ketibaan. Rekabentuk itu tampak memahami kehendak para pengguna Lapangan Terbang.

Kami bukan sahaja mahu membuang air kecil atau air besar setelah berjam-jam duduk dalam perut kapal terbang, tetapi ada juga yang mahu berhias untuk tampak kacak atau juga jelita.

 

Tamat bab pengalaman menaiki kapal terbang ke Kuching, bersambung di aktiviti hari pertama di Kuching.


16 Disember 2017, 20171216