بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

  • Karangan kali ini adalah berkenaan gambar dua buah wakaf yang Tedi nampak di taman permainan Hospital Putrajaya.
  • Ini adalah gambar yang Tedi telah ambil dan gayakan semula semoga ia nampak legend, hehe.
  • Ini adalah hari di mana Aina dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan kahak dan lendir pada saluran pernafasan.
  • Tedi tajukkan gambar ini Wakaf Lama vs Wakaf Baru sebab ada dua buah wakaf di sana yang dibina dengan material berbeza dan mungkin pada masa berbeza.
  • wakaf Lama tampak usang, beratapkan nipah, manakala Wakaf Baru menggunakan material pada zaman sekarang.
  • Wakaf adalah lebih kurang maksudnya pondok tempat berehat. Ia dipanggil wakaf mungkin dengan dua sebab:
    • Wakaf bermaksud berhenti, di mana ia tempat orang berhenti untuk berehat.
    • Bagi harta pula ia bermaksud berhenti menjadi harta, kerana harta yang diwakafkan sudah tidak layak untuk kita kutip hasilnya.
    • Pada zaman dahulu kala orang wakafkan pondok mereka untuk orang ramai berhenti berehat memandangkan pada zaman dahulu kala perjalanan berjalan kaki memakan masa berhari-hari.
  • Itu sahajalah karutan Tedi pada hari ini.

~20171129~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih