10 Januari 2018
- Hari ini bermula kembali kembara Nor Aina bersama kami ke rumah pengasuhnya menaiki kereta setelah 3 minggu dia berehat akibat kes kemalangan di Cyberjaya tempoh hari.
- Tok Ma dan Tok Abah pula ke rumah Mak Long di Sungai Besar menaiki Duel Blitz Eterna.
- Bangku kereta keselamatan kanak-kanak (child car seat) jenama Halford Tresor yang ditempah Mommy pula tiada dalam stok di rumah kilang. Penjual menawarkan untuk menggantikannya dengan car seat berjenama Sparco F500K.
- Master cuba mengkaji tentang car seat tersebut tetapi kurang maklumat mengenainya. Jika disemak tahap keselamatan melalui satu laman web Amerika Syarikat, kedua-dua jenama tidak tersenarai, tetapi jenama yang tersenarai pula harganya ribuan ringgit jika di Malaysia seperti Britax, Maxi-Cosi dan Recaro.
- Akhirnya Master memutuskan untuk terima sahaja tawaran tersebut kerana keadaan agak mendesak.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.