Tedi baru je dengar lagu ni tadi dalam IKIM.FM.

Liriknya agak mengelirukan mungkin nak cerita pasal cinta tetapi akhirnya ia menyebut pasal perasaan bersyukur dikurniakan teman sejati, jadi mungkin lagu ni bercerita pasal kesyukuran dikurniakan kawan yang membantu kita mengenal Tuhan, menasihati kita masa kita leka, menguatkan kita masa kita down, beri harapan masa kita rasa kecewa.

lagu Sebuah Pertemuan adalah salah sebuah lagu daripada album See You Di IPT

Malam ni cuaca sangat sejuk di mana Tedi hampir kebekuan. Suhu hari ini sekitar 20 darjah Celcius sahaja.


Sebuah Pertemuan

Munsyid: UNIC
Album: See U di IPT
Hakcipta: Hijjaz Records Sdn Bhd
Senikata: Abai OS

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Rangkap pertama ni Tedi selalu salah nyanyi, Tedi nyanyikan "secebis cahaya menerangi awan", hihihi...

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:

Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku, diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan, kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan, kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*)

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

 

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

 

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

 

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 


 
ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
bukan pula pada manisnya ucapan di bibir,
tetapi pada ingatan seseorang hamba terhadap saudaranya di dalam doa.
 Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah juga kerana Allah.
Belajarlah untuk redha.
 
 

Umar al-Khattab Radhiallahu anhu berkata

"Sungguh ada orang yang keluar dari rumahnya dengan membawa dosa seperti Gunung Tihama.
Maka ketika dia mendengar majlis ilmu, ia pun menjadi takut, kembali baik dan bertaubat.
Oleh kerana itu janganlah kalian jauhi majlis para ulama!"

Miftaah Daaris Saáadah 1/122 oleh Imam Ibnu Qayyim

Najmi Umar Bakar 


Surah Al-Maeda

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) 

20180113