Semalam kawan-kawan sekerja Master telah menjemput beliau makan-makan sempena pemergian Master ke jabatan baru.


  • Makan-makan itu diadakan di sebuah restoran makanan segera di Nexus di Bangsar South.
  • Jika Master bersendirian, pasti Master takkan singgah di restoran makanan segera tersebut sebab ia ada menghidangkan arak.
  • Apabila sesebuah kedai menghidangkan arak dengan automatiknya Master pasti bahawa penyedia makanan di sana tak ambil tahu atau tak amalkan konsep halalan toiyiban seperti yang diperintahkan dalam al-Quran.
  • Tetapi tidak mengapalah, Master abaikan sahaja demi hormati tuan rumah, cuma kepada sesiapa Muslim yang membaca tulisan ini, Tedi seru untuk jauhi tempat makan sebegini kerana apabila ada orang Islam makan di kedai yang tergantung botol-botol arak sudah pastilah ia menjadi tanda sokongan kepada mereka, padahal sepatutnya kita anti dengan arak dan premis-premis yang ada arak.
  • Menyentuh mengenai teman sekerja di SDU level 6 ni, Master agak sedih meninggalkan mereka kerana mereka adalah satu unit yang ceria, saling membantu dan kuat ikatan kekeluargaannya.
  • Bekerja dengan mereka bukan sahaja kita kenal sesama rakan sejawat, tetapi kita kenal ahli keluarganya juga.
  • Terima kasih Master ucapkan kepada Miss D yang membawa Master masuk dan banyak membantu seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. Bukan Miss D sahaja, malahan Mr A juga dan kawan-kawan yang lain.
  • Tetapi Master terpaksa mengambil langkah ini sebagai satu cara untuk dapatkan pengalaman sebelum berpindah ke Cyberjaya, jika ada peluang bekerja di sana.
  • Semoga mereka maju jaya dan Master tidak tinggalkan banyak masalah buat mereka.
 
Sumber gambar: https://jaynavalen.com/2017/09/07/restaurant-review-fuel-shack-bangsar-south/

Lokasi Nexus di Bangsar South di Kuala Lumpur di Malaysia :


Kiriman ini telah dikarang pada 26 Januari 2018.