Ini adalah karangan pertama Tedi dalam interpretZZ ini mengenai formasi terkuat Top Eleven.
Saya telah bermain dalam 10 musim Top Eleven.
Seperti mana dunia bola sepak sebenar, tiada formasi tunggal yang kebal dalam Top Eleven. Formasi paling sesuai adalah bergantung kepada kemahiran setiap pemain dalam pasukan kita.
Selain itu ia bergantung juga pasukan lawan kepada kemahiran dan taktikal yang digunakan oleh pasukan lawan.
Di antara kedua-dua faktor yang Tedi sebutkan di atas, Tedi lebih cenderung untuk menyusun formasi terhebat pasukan Top Eleven berdasarkan kepada taktik pihak lawan.
Tedi akan memantau apa formasi yang mereka gunakan, sejarah perlawanan mereka dengan pasukan lain, dan menilai strategi lawan yang berjaya mengalahkan mereka.
Pada pendapat saya, formasi 4-4-2 bukanlah formasi yang bagus kerana sepanjang menggunakannya, saya tidak memenangi apa-apa dalam semua pertandingan.
formasi kegemaran saya adalah 4-3-1-2 dan 4-3-2-1 ketika menyerang dan 4-5-1 jika saya mahu bermain secara bertahan.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.