Newcastle telah meminjam penyerang Islam Slimani dari Leicester dan penjaga gold Martin Dubravka dari Sparta Prague sehingga hujung musim 2017/2018.
Slimani, 29, sertai Leicester pada Ogos 2016 dengan rekod perpindahan £29 juta tetapi dia hanya bermain 2 perlawanan Premier League musim ini.
Manakala Dubravka, juga 29 tahun, telah membuat 11 penampilan untuk Sparta Prague.
"Slimani adalah seorang pemain dengan pengalaman bermain di Premier League," kata bos Newcastle United, Rafael Benitez.
"Dia adalah pemain yang boleh mencabar pemain pertahanan dan menjaringkan gol. Diharapkan dia akan menambah pengalaman dan karakter berbeza pada barisan penyerang yang kita ada sekarang."
"Dubravka adalah seorang penjaga gol berpengalaman. Dia perlu sesuaikan diri dengan segera memandangkan dia datang dari luar negeri, tetapi dia sangat lincah dan ada kemahiran dengan kakinya."
"Dia akan meningkatkan persaingan di kalangan penjaga gol, sesuatu yang Kita nantikan."
Dubravka mempunyai 9 cap bersama Slovakia dan bermain menentang England pada bulan September 2018 dalam kelayakan World Cup di Wembley, di mana England menang 2-1.
Manakala pemain antarabangsa Algeria, Slimani telah menjaringkan 5 gol dalam 17 penampilan untuk the Foxes pada musim ini.
Newcastle pula hanya jaringkan 22 gol dalam 24 perlawanan Premier League dan telah dikaitkan dengan penyerang Liverpool, Daniel Sturridge sebelum dia sertai West Bromwich Albion dan juga penyerang Feyenoord, Nicolai Jorgensen.
"Saya gembira berada di sini. Semoga saya dapat membantu Newcastle United.", kata Slimani.
Slimani jaringkan 51 gol dalam 96 penampilan di Sporting Lisbon dan jaringkan 2 gol pada Piala Dunia 2014 di Brazil ketika Algeria berjaya memasuki peringkat kalah mati untuk pertama kali.
Tedi berharap dia cepat sembuh dan mula menjaringkan gol buat Newcastle United.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.