Aina Happy Wheezing... again
- Malam ni selepas waktu Isya', kami ke klinik Nur Qaseh sebab Aina ada wheezing.
- Wheezing ni bunyi macam bersiul pada dada apabila saluran pernafasan tersekat dan kita susah nak bernafas.
- Macam biasa apabila ke klinik, rawatannya adalah Nor Aina diberi nebulizer.
- Kali ini Aina dibekalkan ubat asma, salbutamol, dan ubat selsema. Ubat selsema tu doktor kata hanya perlu diberikan kepada Aina jika perlu.
- Doktor kata baby Aina ni happy wheezing, aktif saja bermain, walaupun mengah curi nafas.
- Esok Master akan ambil cuti untuk pastikan Aina makan ubat.
- Esok adalah 20 hari bulan, bermakna Aina akan berusia 13 bulan...
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.