Semalam , Aina tinggal di rumah sahaja sebab tak berani nak biarkan dia bercampur dengan masyarakat awam, manalah tahu dia belum kuat lagi.

Mommy cuti semalam (20180322) untuk jaga Aina. Mommy pun sakit kepala juga macam nak demam.

Master sahajalah yang ke pejabat menaiki Subaru XV STI. Sengaja Master tinggalkan Proton Persona 2008 di rumah sebab Persona tu ada kerusi bayi (baby car seat). Manalah tahu jika Mommy perlu bawa Aina ke klinik jika ada kecemasan.


Hari ini (20180323) Master pula bercuti sebab tengok dada Nor Áina berombak laju sekitar 50 kali per minit. Bayi berumur setahun sepatutnya degupan jantungnya di bawah kadar 30 kali seminit.

Berbeza dengan hari Selasa (20180320) lepas, kali ni Aina agak aktif. Makan pun berselera sudah makan 2 kali pada jam 5:02 petang. Minum susu pula dah dekat 4 botol.

Mommy kata nak bawa Áina ke Senotron Bangi, dengan temujanji ditetapkan pada jam 6 petang. Tak tahulah sempat tak tunggu Mommy gerak dari pejabat beliau.


Ke Sonotron Tawakal Bangi

Rupa-rupanya nama klinik yang kami nak pergi tu bernama Sonotron Tawakal di Bangi, bukannya senotron atau sinotron. Klinik ini dipromosi oleh makcik jiran sebelah kiri rumah kami.

Sengaja kami cuba bawa Nor Áina ke Sonotron Tawakal manalah tahu menjadi pula, tak payahlah Aina bergantung dengan segala ubat-ubatan. Asyik ambil nebulizer saja kan? Minggu ni dah berapa kali ambil neb.

Cerita pasal Sonotron Tawakal di Bangi ni ianya terletak di atas kedai motosikal Yamaha... kedai ka bengkel motosikal ek? Tak perasan pula.

Klinik Sonotron Tawakal ni terletak dalam zon komersial yang sama terletaknya kedai makan atau restoran Fizo Omar.. ka Fizo Mawar ek? Tak kisahlah kan... ahahaha...

Puas Tedi fikir Sonotron tu apa? kalau sinetron tu Tedi tahulah.

Rupa-rupanya Sonotron tu adalah sejenis alat yang macam pengering rambut (hair dryer) yang digunakan untuk "menembak" bahagian badan yang sakit. Tedi tak tahulah apa jenis penyakit yang boleh disembuhkan, yang penting Áina sihatlah.

gambar bayi 1 tahun meneriwa rawatan sonotron di Sonotron Tawakal di Bandar Baru Bangi.
20180322 Gambar Aina semasa menerima rawatan menggunakan alat Sonotron di Sonotron Tawakal Bangi. Aina menangis semasa menerima rawatan sonotron. Adakah rawatan sonotron ini menyakitkan? Master kata dia terasa macam terkena renjatan elektrik semasa bantu pegang Aina ketika rawatan sonotron ini.

Harapan Tedi agar peralatan Sonotron tu tidak memberi kesan buruk. Kalau bagus sangat benda alah tu, kenapa hospital tak gunakan? Itulah yang bermain di benak fikiran Tedi.

Harga bagi satu slot rawatan Sonotron itu ialah RM 35.

Rawatan Sonotron yang dijalankan ke atas Nor Áina adalah tembakan kepada bahagian dada dan perut, bahagian leher, dan bahagian belakang dada Áina.


Sangsi dengan Sonotron?

Master agak sangsi dengan rawatan sonotron ni sebab semasa tembakan sonotron ni dibuat pada bahagian leher Aina, Master merasakan semacam renjatan elektrik. Pada masa itulah selalunya Aina akan menangis. Kenapa rasa renjatan elektrik semasa rawatan sonotron? Bahaya tak buat bayi 1 tahun? Tambahan kawasan ditembak sonotron itu adalah pada bahagian muka, takut ada kesan pada mata bayi yang berusia setahun itu.

Selain itu ada juga rawatan Nebuliser normal saline, iaitu nebulizer yang tak gunakan dadah atau ubat, sebaliknya hanya menggunakan air.

Kos bagi rawatan nebulizer normal saline dan sedut hingus ialah RM 10.

 

Nor Aina mula panjat tangga

Balik sahaja dari Sonotron Tawakal Bangi Aina mula menunjukkan skill terbarunya iaitu memanjat tangga ke tingkat atas.

Wah wah wah... sudah naya kalau macam ni... nak kena beli pagar tangga la ni.

 

Tikus di belakang mesin basuh HAIER

Pada waktu malam jam 11 malam, Master pergi membasuh kain menggunakan mesin basuh HAIER di luar rumah.

Ketika itu kedengaran bunyi yang agak menggerunkan datang daripada belakang mesin basuh. Master berpegang teguh kepada pesanan orang tua, jangan pandang belakang...

Sebaliknya MAster terus menggegarkan mesin basuh tu sekaligus kedengaran bunyi macam makhluk berlari ke dalam semak berhampiran sedangkan Master tak nampak apakah ia?

Tapi Tedi dapat rasakan dengan mata hati Tedi bahawa yang melarikan diri itu adalah haiwan bernama tikus.