Pagi tadi kami ke Hospital Kuala Lumpur atas urusan membawa Nor Aina menerima pemeriksaan susulan di klinik pakar bedah plastik di sana.
Temujanji kami adalah pada jam 9 pagi, tapi disebabkan oleh masalah jarak dan juga kesesakan jalan, kami sampai di sana pada jam 9.30 pagi.
# Wednesday, 14 March 2018, 08:09 # DSC_1722 # Sony G3226 #
Kami mengambil jalan Dengkil - Lebuhraya Damansara Puchong - Lebuhraya Maju (MEX) - keluar di Bukit Jalil - masuk ke Lebuhraya Seremban KL - masuk Terowong SMART - lalu Jalan Tun Abdul Razak - dan terus menghala ke Bulatan Pahang di mana anda sudah boleh nampak tangki air Hospital Kuala Lumpur.
Kami masuk ke kawasan Hospital Kuala Lumpur melalui bangunan paedatrik, ortopedik, masjid HKL yang sedang dibina semula. Ketiga-tiga tempat itu adalah sinonim dengan Master dalam 11 tahun dahulu kerana Master pernah bekerja di sana. Pada zaman itulah Master bercinta dengan Mommy, hehehe.
Ironinya, di HKL jugalah Tok Abah jatuh hati dengan Tok Ma.... erm... kiranya kalau Tok Abah cerita kepada Master pasal HKL, macam ulang tayang lah, cuma Tok abah naik motosikal dan Master berjalan kaki, naik bas, LRT, monorel dan juga komuter.
Tamat imbas kembali ...
Master menurunkan Mommy dan Aina di perkarangan kompleks klinik pakar Kuala Lumpur, namanya telah bertukar kepada Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, sebelum Master bergerak ke bangunan tempat letak kereta bertingkat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Tempat letak kereta itu turut menerima bayaran menggunakan kad Touch n Go.
Kemudian Master berjalan kaki untuk ke kompleks klinik doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Berpeluh jugalah dibuatnya.
Sementara itu Mommy sudah menemui staf di klinik pakar tersebut dan dinasihatkan pergi sarapan dahulu kerana ramai orang. Kami pun makanlah di kafe yang ada di aras bawah kompleks klinik pakar tersebut.
Kemudian kami naik semula ke tingkat 6 untuk menunggu nombor giliran kami bernombor 1045, dipanggil.
Ramai juga bayi dan kanak-kanak di sana menerima rawatan kerana bibir sumbing.
Ada anak aunty yang Master berbual dengannya telah 4 kali hadir untuk meneriwa rawatan pembedahan dalam masa 12 tahun.... sungguh dahsyat.
Ada seorang pakcik pula yang Tedi tengok muka sebelah kanannya telah bertampal besar macam bola, tak tahulah kulit badan bahagian mana, sungguh kasihan. Nasib baik juga mata kanannya tiada apa. Tetapi dengan keadaan fizikal sebegitu pasti pakcik itu mengalami tekanan emosi yang mendalam.
Klinik plastic surgery yang memeriksa keadaan Aina memaklumkan kami bahawa Aina okay tapi parutnya dah mula timbul. Selain itu mereka nasihatkan ambil temujanji dengan klinik pakar lain di tingkat 5 untuk periksa keretakan kepala Nor Aina.
Jam 12:30 kami bergerak pulang hantar Aina ke rumah pengasuh di Pantai Permai, sebelum Master ke pejabatnya di Bangsar South, dan Mommy ke tempat kerja beliau di Bangsar.
Tedi, berkeliaran mencari kawan-kawan yang dah balik sekolah...
Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 14 Mac 2018. 20180314
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.