Ke Klinik Sonotron Tawakal
Jumaat, 20180323, sekitar jam 7 malam.
Kami terus bergerak menuju Seksyen 8 Bandar Baru Bangi kerana ada temujanji dengan Klinik Sonotron Tawakal pada jam 9:30 malam.
Waze membawa kami melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di susur Kajang. Dari plaza tol Kajang ke Bandar Baru Bangi tidaklah jauh.
Kemudian kami menuju ke Petronas seksyen 7 di Bandar Baru Bangi kerana Master nak menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai solat Maghrib, kami mula mencari kedai makan untuk disinggahi.
Banyak kedai makan untuk disinggahi, tetapi pada waktu itu sudah 8 malam, dan masa sudah suntuk untuk menepati temujanji rawatan Aina di Sonotron Tawakal Bangi.
Nasib baik ada beberapa kedai yang sederet dengan Sonotron Tawakal tu walaupun jaraknya agak berjauhan tetapi kurang-kurang dalam kawasan yang sama, tidak perlu keluar ke jalan besar jika mahu ke Sonotron Tawakal. Jika RSMY Bangi dalam kawasan yang sama mahu sahaja Master mengulang makan nan cheese meleleh di sana.
Memilih Kedai Makan
Master tanya Mommy kedai makan mana nak singgah. Master pun mencadangkan beberapa kedai
Master tanya Mommy nak makan di mana? Mommy kata ikut Master lah.
Secret Recipe?
Daripada makan di Secret Recipe, baik makan di Fizo Mawar, kata Mommy.
Master dah agak dah... kalau cakap awal-awal kan senang...
Singgah Makan di Fizo Mawar Kitchen
Kami tak tahu apa menu yang ada di sana... adakah ia sediakan masakan panas? atau ia ada tema sendiri?
Bila sampai di dalam kedai, terserlah menu kedai Fizo Mawar ni berkonsepkan ala Thailand apabila kami disambut oleh gerai yang menjual air minuman dalam pasu. Konsep sebegini kami pernah temui di Munduk di Thailand pada suatu ketika dahulu.
Kedatangan kami ke sana disambut oleh pekerja kedai dengan ramah mesra.
Restoran Fizo Mawar Kitchen ni ada dua ruangan iaitu ruangan berhawa dingin dan ruangan terbuka. Kami memilih ruangan terbuka memandangkan Aina mungkin tidak tahan jika duduk dalam penghawa dingin.
Hiasan dalaman FizoMawar Kitchen ringkas berasaskan kayu dan suasana ini menyenangkan kami menjamu selera. Pencahayaannya juga baik dan kedainya juga luas.
Nasi Kha-mok VS Pad Thai
Master memilih Pad Thai sebagai menu utama, manakala Mommy memlih Nasi Khamouk.
Phad Tai bagi Master okaylah, lepas ni tak ulang makan dah kot? Ataupun trauma terus tak makan dah selepas ini. Sebab ada rasa semacam pada lidah selepas makan, omputeh kata after-taste yang tak boleh nak diceritakan macam mana. Kawan-kawan boleh cuba sendiri, tambahan pula lidah masing-masing tak sama.
Nasi Khamouk pun samalah. Bukannya tak sedap, tapi mungkin tidak serupa atau setara atau setanding dengan Nasi Khau-Mok yang pernah kami makan.
Pelik juga restoran Fizo Mawar ni ramai orang... mungkin ada resepi yang instimewa yang kami tak pilih?
Minum air Chia Kiau Yen
Ia adalah sejenis minuman air teh hijau Thailand pada harga RM 5.90. Tak puas minum kerana kuantitinya sedikit pada harga RM 5.90.
Resit Harga Makan di FizoMawar Kitchen
Secara keseluruhannya pengalaman makan di FizoMawar Kitchen tiada pengalaman buruk, tetapi hidangan yang kami pilih tidaklah akan membuatkan kami memesannya lagi jika datang ke sini.
Boleh datang lagi ke sini tapi untuk mencuba makanan lainlah.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.