Akrhinya pada jam 4 petang, 20 Mac 2018, kami memutuskan untuk bawa Nor Aina sekali lagi ke Hospital Putrajaya.
Keputusan itu diambil setelah Master mengira nafas Aina dan mendapati nafasnya ialah 48 kali seminit, sepatutnya di bawah 30 kali bagi seorang bayi berusia setahun (satu tahun satu bulan jika lebih tepat atau tiga belas bulan).
Tambahan pula semua ubat telah diberikan kepada Áina tetapi dia kelihatan semakin lemah. Tidak bermain, tak aktif. Hanya melepek tidur, dan dia tidur menonggeng, mungkin tidak selesa tidak cukup nafas?
Lagi sekali, Nor Aina dibawa ke hospital atau klinik pada hari dia meningkat usia sebulan. Adakah ini suratan atau hanya kebetulan?
Kami dah sedia bawa barang-barang Aina mana tahu dia ditahan di wad seperti sebelum ini.
Kami mulakan perjalanan menuju ke arah Hospital Putrajaya, melalui Jenderam Hulu dan kemudiannya Jenderam Hilir. Hujan tiba-tiba lebat mengiringi pemergian kami. Aina tampak semakin tidak bermaya. Dia hanya tersenyum melihat titisan hujan membantai cermin kereta Subaru XV STI itu dengan deras dan keras.
Sekitar jam 5 kami tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. Master memberhentikan kereta di bawah laluan berbumbung supaya Mommy dapat membawa Aina turun. Keadaan Aina yang lemah dan nafasnya yang kencang menjadi sebab dia dihantar menerima rawatan segera di Hospital Putrajaya.
Lama juga Tedi dan Master menunggu di luar kerana hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan masuk.
Dua kali Master pergi menghantar susu ke dalam, dan juga air mineral, sehinggakan pak guard di sana sound Master agar jangan tunggu di dalam zon semi kritikal.
Alhamdulillah, sekitar jam 8 malam, Nor Áina dibenarkan keluar dari Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor nasihatkan agar Aina menjalani rawatan asma mengikut jadual yang diberikan sebelum ini.
Nor Áina kelihatan segar dan mula melasak macam biasa pada malam tadi (20 Mac). Pada pagi hari 21 Mac dia muntah sekali pada jam 5 pagi.
Master ambil kesempatan untuk menukar toto dan permaidani nipis di tingkat bawah dengan tilam Áina yang baru dibasuh Ahad lalu, sebabnya ketika Master tertidur di situ, dia bangun dengan hidung yang gatal-gatal. Selepas diangkat, lantai di bawahnya dilap untuk menghilangkan debu-debu nipis.
Mungkin sebab itulah para doktor selalu bertanya pasal carpet walaupun kita rasa carpet kita tu tiadalah berdebu mana.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.