Banyak hal yang berlaku di kelab bola sepak Newcastle United, sehingga ramai terlupa hal-hal yang lebih penting.

Apakah hal penting tersebut? Sudah tentulah perkara paling penting adalah untuk NUFC mengekalkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Kemudian baru kita boleh risaukan sama ada Rafa Benitez akan terus bersama kita, dan harapnya Mike Ashley akan pergi meninggalkan kita.

Kedua-duanya akan bergantung kepada kejayaan Newcastle United terus kekal bertanding dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi kita juga lupa bahawa jika Newcastle berjaya kekal dalam liga ini, kelab bolasepak tersebut mungkin akan menerima durian runtuh. Durian runtuh bermaksud bonus atau keuntungan yang tidak disangka-sangka.

Selain itu, kemenangan ke atas Huddersfield pada perlawanan seterusnya akan membolehkan kelab NUFC, dan para penyokongnya menghitung berapa tinggi Newcastle United boleh berada dalam carta kedudukan Liga Perdana Inggeris 2017/2018.

Kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris

Ini adalah kedudukan terkini dalam Liga Perdana Inggeris:

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris

 

Orang kata Newcastle United boleh menduduki tangga ke sembilan. Ia memerlukan banyak tuah untuk memihak kepada kita, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Kelab bolasepak Everton FC kini berada di tangga ke sembilan dan empat perlawanan mereka selepas ini adalah menentang Liverpool dan Manchester City, juga perlawanan menentang calon relegation iaitu Stoke City dan Swansea, sebelum mereka menentang Newcastle United.

Kedudukan ke dua puluh dalam Liga Perdana Inggeris musim ini akan melayakkan bonus £1.9 juta, manakala kedudukan ke sembilan akan membolehkan sesebuah kelab memperolehi £22.8 juta ( di mana setiap tangga dibezakan dengan bonus £1.9 juta atau lebih). Beza bonus di kedudukan ke 20 dan 9 adalah lebih £20 juta.

Ransangan buat skuad

Ketika kita berharap Mike Ashley akan berambus dan sekaligus memberikan Newcastle peluang untuk kembali gemilang, tak kisahlah siapa pun yang memiliki kelab tersebut, durian runtuh tersebut boleh menjadi peransang kepada Rafa Benitez dan skuad beliau.

Bonus £22.8 juta boleh digunakan untuk beli Dubravka dan Kenedy – di mana Dubravka bernilai £4 juta manakala ada laporan menyatakan Kenedy boleh dibeli dengan harga £15 juta – walaupun rasanya Chelsea takkan jual Kenedy pada harga di bawah £20 juta.

Jika Newcastle boleh kekalkan kedudukan mereka dalam Premier League ketika ini, kita boleh dapat bonus £15.2 juta, satu nilai yang lebih tinggi berbanding perbelanjaan bersih yang Mike Ashley benarkan Rafa Benitez lakukan sejak Ogos 2016.

 

Secara turutan, Tedi nak Newcastle kekalkan penyertaan dalam Liga Perdana Inggeris, berada pada kedudukan terbaik yang membolehkan kita dapat bonus £22.8 juta, Rafa Benitez kekal, Mike Ashley berambus, pemilik baru yang lebih bercita-cita tinggi beli Newcastle, dan diikuti oleh jendela perpindahan musim panas yang menggunakan bonus dan dana suntikan pemilik kelab - membolehkan Newcastle terbang tinggi.

Apa-apa pun, langkah pertama yang perlu kita lakukan seterusnya ialah kalahkan Huddersfield.