Kawan-kawan jangan pelik pula dengan tajuk karangan Tedi kali ini.
Mungkin kawan-kawan tengah tertanya-tanya, "apakah itu sketsa kuda?"
Tedi malas nak jawab panjang, baca sahaja definisi daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah:
Definisi : (skétsa) 1. lukisan yg dibuat secara kasar dan cepat, lakaran; 2. karangan atau lakonan pendek yg menggelikan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Jadi gambar-gambar sketsa kuda yang Tedi kongsikan di bawah ini mungkin tidak menepati definisi di atas kerana ada lukisan yang tidak ringkas.
Bagi Tedi, lakaran adalah lebih kepada lukisan yang dihasilkan menggunakan medium pensel atau pen hitam putih sahaja. Salah rupanya definisi Tedi selama ni?
Bagaimana Melakar Seekor Kuda Menggunakan Bentuk-bentuk Ringkas?
Ini adalah panduan umum bagaimana kita boleh melakar seekor kuda menggunakan beberapa bentuk ringkas tiga dimensi (3D).
Sketsa Kuda Sedang Berlari
Lukisan teliti seekor kuda sedang berlari ke arah kiri menampakkan bahagian kiri badannya.
Sketsa Kuda Sedang Melompat
Lakaran seekor kuda sedang melompat. Mukanya tampak garang walaupun lakaran ini sangat ringkas.
Lakaran ringkas.
Sketsa Kuda dan Gadis
Gambar seekor kuda bersama seorang gadis.
Lukisan teliti.
Sketsa Kepala Kuda sedang Memujuk
Gambar lakaran dua ekor kuda yang sedang memujuk kuda yang lain dengan melagakan kepala masing-masing.
Sketsa Kuda Berjalan Kiri
Gambar lakaran pensil seekor kuda sedang berjalan menampakkan bahagian kiri badannya.
Sketsa Kuda Berjalan Kanan
Gambar seekor kuda sedang berdiri di atas tiga kakinya, menampakkan bahagian kanan badannya. Kaki kiri hadapannya diangkat dan dibengkokkan sedikit.
Lakaran ini dibuat dengan rangka ringkas terdiri daripada tiga bulatan di pinggul, bahu, dan kepala kuda.
Sketsa Seekor Kuda sedang Berdiri
Di bawah ini adalah lakaran seekor kuda sedang berdiri menggunakan keempat-empat kakinya menampakkan bahagian kiri tubuhnya.
Sketsa Sebuah Kuda Trojan oleh jactzekov
Kuda trojan bukanlah seekor kuda melainkan sebuah patung kuda yang mahsyur digunakan dalam satu tipu helah untuk menembusi kota perang pada satu masa dahulu.
Sebuah patung kuda trojan yang besar telah dibina dan diletakkan di hadapan pintu gerbang musuh sambil berpura-pura berundur. Musuh membawa masuk kuda trojan tersebut ke dalam kota. Rupa-rupanya di dalam kuda trojan tersebut ada sekumpulan askar yang kemudiannya telah menyelinap membuka pintu gerbang kota tersebut.
Tedi tak ingat di manakah peperangan itu berlaku, nanti kalau rajin Tedi carikan maklumat tentangnya.
Bermula daripada kisah itulah istilah trojan digunakan untuk program komputer yang berlakon baik tapi sebenarnya adalah program jahat, berbeza dengan virus komputer yang kita sedia tahu jahat.
Sketsa Kuda Trojan oleh vitorreis.com
Inilah lakaran seekor kuda trojan dan askar yang ada di dalamnya.
Sketsa Dua Ekor Kuda oleh ChellyTheBean
Di bawah ini adalah lakaran ringkas dua ekor kuda yang dikatakan kuda perang oleh chellythebean.
Lakaran ini menampakkan sisi kanan badan kedua-dua ekor kuda tersebut.
Sketsa Kuda Perang oleh Firecangel
Ini pula lakaran imaginasi kalau bukan fantasi tentang bagaimana rupa seekor kuda perang versi firecangel.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.