Kepada para pengguna kad Touch n Go yang selama ini pening kepala di manakah nak tambah nilai kad Touch 'n Go tersebut secara percuma?
Apakah maksud tambah nilai Touch n Go percuma?
Maksudnya ialah tambah nilai Touch n Go di Malaysia tanpa dikenakan sebarang caj. Selalunya caj yang dikenakan adalah 50 sen. Jangan pula kawan-kawan pergi ke lokasi berkenaan dan kata nak Touch n Go percuma... tak boleh lagu tu...
Betulkah ada tempat boleh topup kad TNG dengan percuma?
Jawapannya: ada.
Macam mana boleh reload kad Touch 'n Go percuma kalau syarikat Touch n Go Sdn Bhd mengenakan caj ke atas perkhidmatan tambah nilai kad TNG tersebut?
Jawapannya: sebab bukan syarikat TNGSB yang kenakan caj tersebut, sebaliknya ejen yang mengenakan caj tersebut. Contohnya jika anda reload di stesen minyak dan dicaj 50 sen, maka ejen di stesen minyak tersebutlah yang mengenakan caj tersebut untuk dijadikan sumber keuntungan mereka.
Kini boleh tambah nilai kad TNG di MYMYDIN di Malaysia
Baiklah, memang banyak tempat atau lokasi boleh tambah nilai kad Touch n Go dengan free, tapi hari ini Tedi cuma nak kongsi satu lokasi baru yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai secara percuma kad Touch 'n Go.
Lokasi tersebut ialah di outlet MYMYDIN yang terpilih di seluruh Malaysia.
Senarai Outlet MYMYDIN sediakan reload tanpa reload fee:
Di bawah ini disenaraikan outlet MYMYDIN di Lembah Kelang di Malaysia yang membolehkan anda tambah nilai kad Touch & Go anda tanpa dikenakan caj tambah nilai.
Senarai ini dikemaskini pada 19 Februari 2018.
- Amara Boulevard
- Balakong
- Bandar Puteri
- Bandar Tun Hussein Onn
- Bukit Kuda
- Bukit Naga
- Bukit Tinggi
- Bukit Tinggi 2
- Damai Utama
- Desa Latania
- Desa Mentari 1
- Desa Mentari 2
- Gasing Indah
- Jeram
- Kapar (Kerayong)
- Ken Rimba
- Kampung Raja Uda
- Kuala Selangor
- Pandamaran
- Pekan Kapar
- Puncak Alam
- Putra Walk
- Raja Muda Musa
- Rantau Panjang
- Saujana Utama
- Sungai Jenjarum
- Sri Manja
- Subang Angsana
- Subang Bestari
- Sungai Buloh
- Sungai Long
- Taman Kinrara
- Taman Sentosa
- Tasik Prima
- Teluk Pulai
- Taman Mesra Ampang
- TPK Kinrara
- TTDI Jaya
- Tun Perak
20180219
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.