Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.

 

Ini adalah karangan mengenai aktivita harian kami sekeluarga untuk tarikh 16 April 2018.

 

Sekali lagi ke Klinik Dr. Siti Kota Warisan

gambar kaunter resepsi klinik Siti di Kota Warisan semasa hantar Aina ambil neb tengah malam
Gambar kaunter di Klinik Siti di Kota Warisan

Semalam sekali lagi kami ke klinik Dr. Siti di KIP Sentral di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia.

Tujuan utama kami adalah untuk bawa Nor Äina ambil neb kerana ada bunyi kuat ketika di bernafas.

Doktor yang memeriksa Nor Áina menyatakan bahawa bayi berusia setahun sebulan itu patut dibawa ke hospital dan ditahan di wad untuk periksa bunyi seperti jangkitan kuman di paru-paru sebelah kiri. Bunyi whizzing di sebelah kanan pula kedengaran reda setelah Aina ambil neb.

Aina menangis bersungguh-sungguh kali ini semasa ambil nebulizer dan kelihatan hingus pekat banyak keluar daripada hidungnya. Adakah perlu beli neb? Mungkinkah nebulizer ini perlu dibuat selalu untuk cairkan hingus beliau?

Doktor membekalkan kami dengan antibiotik untuk diambil dua kali sehari selama lima hari sahaja. Antibiotik itu perlu disimpan dalam peti sejuk ketika tidak setiap kali selepas digunakan.

Yuran rawatan kali ini adalah RM 60.

 

Pasukan dari China sudah sertai pasukan Master

CTO dari China mula menyertai pasukan kerja Master dan satu email undangan ke mesyuarat telah dikeluarkan. Mesyuarat bertarikh 17 April 2018 itu telah ditetapkan akan diadakan pada 7 pm hingga 8 pm (jam tujuh malam sehingga lapan malam).

Ia menimbulkan kegemparan terutama buat mereka yang sudah bekeluarga. Tambahan pula orang macam Master yang kena ambil anak dan isteri ikut kembara pulang bersama-sama ke rumah.

Master faham jika nak bersemangat kerja tapi mesyuarat jam 7 malam selepas waktu pejabat nampak tidak logik. Lainlah jika mesyuarat itu adalah untuk misi kritikal tapi kalau mesyuarat bersama CTO yang tidak jelas agenda dan memerlukan semua staf hadir tampak tidak membuatkan motivasi pekerja merudum.

Adakah mereka tidak mengkaji budaya di Malaysia dan mahu menerapkan budaya kerja orang China?

Mereka mengembara jadi tiada masalah dengan keluarga, tidak sama dengan kawan sepejabat di Malaysia.

 

Membahan penyokong Arsenal

Kemenangan Newcastle United ke atas Arsenal, 2-1, semalam membuatkan Master gembira mengenakan kawan-kawan beliau. Bukan senang untuk Newcastle mengalahkan Arsenal malahan kali terakhir Newcastle United kalahkan Arsenal di tempat sendiri di St James Park adalah pada 13 tahun lalu iaitu pada tahun 2005 di mana Alan Shearer masih bermain!

Manakala Andy Carroll telah membantu Newcastle kalahkan Arsenal di Emirates pada tahun 2010 iaitu 8 tahun yang lalu.

Semalam Newcastle United megalahkan Arsenal dengan jaringan daripada Ayoze Perez dan Matt Ritchie.


20180416 Artikel ini adalah catatan harian keluarga kami.