Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.

 

Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini.

Leicester City 1 - 2 Newcastle UnitedHafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio HondoRakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL MarathonMakan di Restoran Saba CyberjayaAmbil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre CyberjayaSinggah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan

Untuk catatan pada hari ini, 8 April.

Leicester City 1 - 2 Newcastle United

Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perdana Inggeris.

 

Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo

Hafizh Syahrin menduduki petak ke 23 MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo dengan sesi kelayakan berlangsung dalam hujan yang sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Mungkin Hafizh belum serasi dengan jentera MotoGP yang lebih berkuasa? Perlumbaan itu telah ditangguhkan seketika atas faktor keselamatan

 

Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon

Uncle Farzie, Rado, dan Miss D telah menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 pada pagi ini di mana uncle Farzie dan Rado telah menghabiskan perlumbaan full marathon pertama mereka. Uncle Rado telah melecet kakinya dalam perlumbaan tersebut.

 

Makan di Restoran Saba Cyberjaya

Sebelum ke pasaraya Depulze Cyberjaya, kami singgah makan di Restoran Saba Cyberjaya yang terletak di hadapan D'Pulze. Master makan Lamb Kabsah dan Mummy makan Chicken Kabsah, manakala Aina makan biskut bayi dan juga nasi Chicken Kabsah milik mummy sedikit. Nasinya memang banyak di mana satu pinggan tu boleh dibahagi dua, tapi entah bagaimana Master dan Mummy boleh habiskan nasi dalam pinggan masing-masing.

Aina ketika sedang menunggu makanan nasi arab yang ditempah untuk dihidangkan di meja.
# Sunday, 8 April 2018, 17:11 # Sony G3226 # DSC_2109 # Saba Restaurant Cyberjaya #

 

Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya

Kami sekeluarga ke pasaraya Depulze di Cyberjaya untuk mengambil kit larian MMU e-Bee Run 2018. Master menyertai larian separuh marathon pada tahun ini setelah Mummy mendaftarkan beliau untuk dapatkan medal dan bajunya yang tampak cantik. Tapi kalau melihatkan kepada design baju finisher larian 21 km, memang agak berbaloi untuk mendapatkannya. Master masih tidak melakukan apa-apa sesi latihan sebagai persiapan untuk larian yang akan berlangsung pada 14 April.

 Gambar jersi finisher larian half marathon 21 km dan jersi penyertaan larian e-Bee Run 2018.
# KUNZENSE, MMU eBeeRUN 2018 #
# Sunday, 8 April 2018, 18:02 # 20180413_094441-COLLAGE # DPULZE Shopping Centre # D'pulze (U/C, Lingkaran Cyber Point Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor #

Semasa di D'Pulze seperti biasa Mummy singgah ke MNB Boutique, beli air di Tealive, kemudian kami habiskan voucher MPH di booth MPH, kemudian kami ke Starbucks untuk beli minuman dengan diskaun 10%, dan disudahi dengan shopping di Jaya Grocers. Master pula sempat memeriksa harga telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5 dan Mi A1, memang lebih mahal berbanding harga jualan dalam talian. Master singgah juga di Samsung dan tanya telefon yang murah, memang spesifikasinya kalau pada harga RM 700 tu memang cikai sangat-sangat, dapatlah ROM 8GB? Ish ish ish. Memang Samsung ni kalau beli harga mahal pada jenamanya sahaja.

 

Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan

Balik dari D'Pulze Cyberjaya, kami singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan, di mana bayi Aina diperiksa dan diberikan terapi nebulizer.

Doktor kata dah memang wajib dibawa ke hospital, tapi tengok dulu bagaimana selepas diberikan neb. Di Klinik Siti juga ada disediakan imunisasi pneumococal pada harga RM 270.

Bayi Nor Aina muntah dalam kereta semasa kami dalam perjalanan pulang dari klinik ke rumah.

20180408